Kolej Komuniti Tasek Gelugor

Call Directions Website

Kolej Komuniti Tasek Gelugor Halaman rasmi Facebook Kolej Komuniti Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Visi : Menjadi Peneraju Institusi TVET Yang Unggul

Misi :
1.

Menyediakan Akses Yang Meluas Kepada Program TVET Berkualiti & Diiktiraf;
2. Memperkasakan Komuniti Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat;
3. Melahirkan Graduan Holistik, Berciri Keusahawanan & Seimbang;
4. Memanfaatkan Sepenuhnya Perkongsian Pintar Dengan Pihak Berkepentingan. Kolej Komuniti Tasek Gelugor (KKTG) merupakan sebuah institusi pendidikan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). KKTG ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). KKTG menawarkan kursus sepenuh masa iaitu;
1. Sijil Bakeri & Konfeksionari.
2. Sijil Teknologi Penyejukkan & Penyamanan Udara. Kolej ini juga akan memperhebatkan dan mempelbagaikan lagi tawaran Kursus Jangka Pendek bagi menarik minat lebih ramai masyarakat setempat mengambil bahagian dalam pembelajaran sepanjang hayat. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak seharusnya melepaskan peluang untuk meningkatkan dan menambahkan pengetahuan bagi memperbaiki taraf kehidupan dan menjana peningkatan taraf ekonomi masing-masing.

INOVASI KKTG RAIH ANUGERAH EMAS DAN JUARA KLUSTER A DI NICERS’ 2610 September, KULIM — Setinggi-tinggi tahniah dan syaba...
12/09/2026

INOVASI KKTG RAIH ANUGERAH EMAS DAN JUARA KLUSTER A DI NICERS’ 26

10 September, KULIM — Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan penyelidik Projek “Indoor Checker Non-Inverter Air Conditioner IoT” atas kejayaan merangkul Anugerah Emas dan Anugerah Terbaik Kluster A - Inovasi sempena “National Invention & Innovation Competition Exhibition and Robot-Sumo 2026 (NICERS’26)” yang telah berlangsung pada 9 dan 10 September 2026 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim.

Kumpulan penyelidik KKTG terdiri daripada Ketua Penyelidik, Ts. Muhamad Sujairi bin Yusof (Kolej Komuniti Tasek Gelugor) dan penyelidik Ts. Dr. Faizatulhaida binti Md Isa
(Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah) dan En. Mohd Zubir bin Yahaya (Kolej Komuniti Tasek Gelugor).

Indoor Checker Non-Inverter Air Conditioner IoT merupakan inovasi yang dibangunkan bagi membolehkan unit indoor penyaman udara non-inverter diuji secara berasingan tanpa memerlukan unit outdoor.

Inovasi ini menyokong aktiviti latihan, diagnosis, penyelenggaraan dan proses ‘troubleshooting’ HVAC secara lebih fleksibel, sistematik dan kos efektif. Sebagai penambahbaikan, projek ini turut mengintegrasikan teknologi IoT menggunakan SONOFF POWR320D dan aplikasi eWeLink bagi membolehkan parameter elektrik seperti voltan, arus, kuasa dan penggunaan tenaga dipantau secara digital melalui telefon pintar.

Kejayaan meraih Anugerah Terbaik Kluster A – Inovasi ini membuktikan komitmen warga KKTG dalam memperkasakan inovasi dan TVET, serta menghasilkan penyelesaian teknologi yang berpotensi memberi manfaat kepada bidang pendidikan dan latihan HVAC.

Tahniah dan syabas kepada seluruh kumpulan penyelidik atas pencapaian yang amat membanggakan ini!

UNGGUL BERSAMA KKTG
“Meneraju TVET, Mengungguli Masa Hadapan”

MAJLIS WATIKAH SISWA 4B PULAU PINANG 20268 September, Seberang Jaya — Majlis Watikah Siswa 4B Pulau Pinang 2026 telah be...
12/09/2026

MAJLIS WATIKAH SISWA 4B PULAU PINANG 2026

8 September, Seberang Jaya — Majlis Watikah Siswa 4B Pulau Pinang 2026 telah berlangsung dengan jayanya pada 8 September 2026 bertempat di Ummah Hall, Seberang Jaya.

Antara tetamu jemputan yang hadir ialah En. Edry Faizal Bin Eddy Yusof (Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang) dan Sdr. Mohamad Nazri Bin Abdul Latif (Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Pulau Pinang). Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Dr. Hj Syaharudin Shah Bin Hj Mohd Noor, Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, Jabatan Perdana Menteri.

Aturcara turut merangkumi bacaan ikrar, ucapan alu-aluan, ucapan perasmian, serta penyampaian Watikah Gerak Remaja 4B dan Watikah SISWA 4B kepada seramai 11 orang pelajar. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan.

20/08/2026

[LANGSUNG] Majlis Perasmian Persidangan Kebolehpasaran Graduan KPT 2026 & Peluncuran Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan (PSKG) 2026-2030 yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.

18/08/2026

𝗡𝗢𝗧𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗙𝗜𝗔𝗡
𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡 𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗧𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗦𝗨

Merujuk kepada penularan maklumat yang mengaitkan nama Kolej Komuniti Tanjung Piai dengan urusan sebutharga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pihak pengurusan ingin memberi penegasan seperti berikut:

• Penafian Pegawai: Kolej Komuniti Tanjung Piai tidak mempunyai staf bernama Shahrizan.
• Penafian Tawaran Sebutharga: Pihak kolej tidak pernah menerbitkan sebarang tawaran, jemputan, atau memanggil mana-mana syarikat untuk urusan sebutharga seperti yang ditularkan.

Orang ramai dan pihak penyedia perkhidmatan dinasihatkan agar sentiasa berwaspada. Sila buat semakan terus dengan pihak pengurusan Kolej Komuniti Tanjung Piai sekiranya menerima sebarang panggilan, mesej, atau dokumen yang meragukan.

Pihak kolej memandang serius perkara ini berhubung penyalahgunaan nama institusi.

Sekian, terima kasih.

Kolej Komuniti Tanjung Piai
13 Ogos 2026

17/08/2026

15/08/2026

TAHNIAH KEPADA 8,463 LEPASAN POLITEKNIK YANG TELAH BERJAYA DENGAN TAWARAN KE PERINGKAT IJAZAH DI UNIVERSITI AWAM SESI 2026/2027

IKHLAS DARIPADA PENGURUSAN TERTINGGI DAN WARGA POLYCC





IMBAS KEMBALIISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 — KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG, SIDANG 12 (9 Ogos 2026)KKTG denga...
14/08/2026

IMBAS KEMBALI
ISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 — KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG, SIDANG 12 (9 Ogos 2026)

KKTG dengan bangganya memperkenalkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi I 2025/2026

Nama: Nur Syamsina binti Azman
Program: Sijil Pastri
Pengalaman di KKTG:
- Ketua Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
- Fasilitator Program
- AJK Kecil Program
- Peserta Program
- Mewakili KKTG dalam pertandingan sukan
- Mewakili KKTG dalam pertandingan bukan sukan
- Mewakili persatuan/kelab di luar KKTG dalam pertandingan bukan sukan

Membawa moto hidup "One day, all the hard work will be worth it”, kata Syamsina,

"Selepas menamatkan pengajian dalam bidang pastri dan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang, saya berharap perjalanan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. Anugerah yang saya terima hari ini bukan sekadar sekeping sijil atau sebuah pencapaian. Ia adalah bukti bahawa saya pernah berusaha sehabis baik untuk sesuatu yang saya sayangi.

Saya juga berharap dapat menyambung pengajian ke peringkat Diploma untuk menambah ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam bidang yang saya minati.

Saya juga mempunyai impian untuk membuka kedai pastri sendiri suatu hari nanti, dengan hasil dan identiti yang saya bina sendiri.

Paling penting, saya berharap saya dapat terus belajar, berusaha dan tidak mudah berputus asa dalam mengejar impian. Semoga suatu hari nanti, segala usaha yang saya lakukan hari ini membawa saya kepada kehidupan dan kerjaya yang saya impikan. saya memegang erat dengan kata-kata, 'apa pun yang berlaku, jangan pernah rasa perjalanan kau sia-sia”'

IMBAS KEMBALIISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 — KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG, SIDANG 12 (9 Ogos 2026)KKTG denga...
14/08/2026

IMBAS KEMBALI
ISTIADAT KONVOKESYEN POLYCC ZON UTARA 2026 — KOLEJ KOMUNITI PULAU PINANG, SIDANG 12 (9 Ogos 2026)

KKTG dengan bangganya memperkenalkan penerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sesi II 2024/2025

Nama: Siti Aisyah binti Mohd Zailan
Program: Sijil Pastri
Pengalaman di KKTG:
- Ketua Exco Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
- Ketua Jawatankuasa Kecil Program
- Fasilitator Program
- AJK Kecil Program
- Mewakili KKTG dalam pertandingan sukan
- Mewakili KKTG dalam pertandingan bukan sukan

Membawa moto hidup "Usaha Tidak Mengkhianati Hasil", beliau berharap dapat mengembangkan lagi kemahiran di dalam bidang bakeri dan pastri, selain membina kerjaya yang lebih stabil dan menjadi seorang baker yang lebih mahir dan berpengalaman pada masa akan datang.

POLYCCSKILLS 2026 SAKSI USAHA KERAS PELAJAR KKTG AKHIRNYA MEMBUAHKAN HASIL 6 Ogos, Shah Alam — Pelajar Kolej Komuniti Ta...
14/08/2026

POLYCCSKILLS 2026 SAKSI USAHA KERAS PELAJAR KKTG AKHIRNYA MEMBUAHKAN HASIL

6 Ogos, Shah Alam — Pelajar Kolej Komuniti Tasek Gelugor (KKTG) sekali lagi telah mengharumkan nama institusi apabila berjaya meraih pencapaian membanggakan dalam Pertandingan Kemahiran Pelajar Politeknik & Kolej Komuniti (POLYCCSKILLS) 2026 yang berlangsung pada 3 hingga 6 Ogos 2026.

Pelajar-pelajar KKTG telah bertanding di bawah tiga kategori bidang pertandingan iaitu Patisserie and Confectionary, Bakery dan Refrigeration and Air Conditioning. Pelajar KKTG yang bertanding ialah:

Bidang Patisserie and Confectionary
1. Fatin Nabilah binti Moahmad Farid (SPT3B)
2. Nur Ilyana Binti Sabri (SPT3A)
di bawah bimbingan Puan Ummi Humairah binti Mohd Zolkifli

Bidang Bakery
1. Muhammad Ammar bin Mohd Zahir (SPT3A)
2. Muhammad Taufiq Rusyaidi bin Ismail (SPT3A)
di bawah bimbingan Encik Muhammad Syafiq bin Ahmad Bukhari

Pelajar-pelajar ini turut dibantu oleh
1. Muhammad Irfan Hariz bin Yusni (SPT3B)
2. Muhammad Izzat Hazeem bin Abd Halim (SPT3B)

Bidang Refrigeration and Air Conditioning
1. Muhammad Amie Amirul bin Bijur
dibawah bimbingan Ts. Muhamad Sujairi bin Yusof

Pelajar-pelajar KKTG telah berjaya membawa pulang pingat Gangsa bagi bidang Patisserie and Confectionary dan juga bidang Bakery, manakala bagi bidang Refrigeration and Air Conditioning, pelajar KKTG berjaya merangkul tempat ke-5.

Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar KKTG mampu bersaing di peringkat kebangsaan melalui ilmu, kemahiran dan semangat juang yang tinggi. Sekalipun tidak membawa pulang pingat Emas bagi kesemua kategori, usaha keras serta kemahiran yang ditunjukkan oleh pelajar KKTG wajar dihargai. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pelajar dan pensyarah pembimbing atas kejayaan yang membanggakan!

Program yang di anjurkan di bawah Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar & Bahagian Kurikulum, JPPKK dikelolakan oleh pengelola utama iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dengan kerjasama daripada Politeknik Port Dickson, Politeknik Banting, Politeknik Nilai, Politeknik METrO Kuala Lumpur, Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Hulu Langat, Kolej Komuniti Selayang, Kolej Komuniti Shah Alam, Kolej Komuniti Rembau dan Kolej Komuniti Bandar Baharu.

UNGGUL BERSAMA KKTG
“Meneraju TVET, Mengungguli Masa Hadapan”

Address

Lot 4812, Jalan Tasek Gelugor, Mukim 12
Tasek Gelugor
13300

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6045731453

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tasek Gelugor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share