Kolej Komuniti Tawau Sabah

Kolej Komuniti Tawau Sabah FB KKTS BUKAN MEDIUM RASMI OPERASI KKTS TAPI HANYA MEDIUM ALTERNATIF. URUSAN RASMI, SILA LAWATI WEB RASMI -Visit us: http://kktawau.mypolycc.edu.my
(1)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK TAWAU 2 KE KOLEJ KOMUNITI TAWAUPada 20 Ogos 2026, Kolej Komuniti Tawau telah menerima...
21/08/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR SMK TAWAU 2 KE KOLEJ KOMUNITI TAWAU

Pada 20 Ogos 2026, Kolej Komuniti Tawau telah menerima kunjungan pelajar-pelajar SMK Tawau 2 dalam satu program lawatan sambil belajar yang bertujuan memberikan pendedahan secara langsung kepada para pelajar mengenai peluang pendidikan, kemahiran dan laluan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Kolej Komuniti.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
๐Ÿ“Œ Taklimat berkaitan pengambilan dan kemasukan ke Kolej Komuniti Tawau serta peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET.
๐Ÿ”ง Lawatan ke bengkel-bengkel bagi melihat kemudahan serta aktiviti pembelajaran berasaskan kemahiran.
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿณ Lawatan ke Dapur Kulinari untuk menyaksikan suasana pembelajaran dan latihan secara praktikal dalam bidang kulinari.

Program sebegini memberi peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat pendidikan TVET yang menekankan pembelajaran secara teori dan amali, di samping membina kemahiran, kompetensi dan keyakinan yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.

Semoga lawatan ini dapat membuka minda dan memberi inspirasi kepada para pelajar untuk memilih TVET sebagai salah satu laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan. TVET bukan sekadar kemahiran, tetapi merupakan platform dalam melahirkan generasi yang kompeten, berdaya saing dan memenuhi keperluan industri. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ง๐ŸŽ“

Terima kasih kepada pihak SMK Tawau 2 atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh dalam usaha memperkasakan pendidikan TVET. ๐Ÿคโœจ

21/08/2026

๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐˜๐‚๐‚ ๐Š๐„ ๐๐„๐๐“๐€๐’ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan kepada 10 calon ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– yang telah berjaya menghantar pencalonan bagi Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pencalonan ini membawa bersama aspirasi dan semangat ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—–yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang masing-masing, malah berani memimpin, mencipta impak dan menyumbang kepada komuniti.

Inilah semangat ๐—ง๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ๐—ฌ๐—–๐—– โ€” melahirkan mahasiswa holistik yang menyerlah melalui bakat, kepimpinan, daya usaha, kesukarelawanan, inovasi dan nilai kemanusiaan.

Teruskan melangkah dengan yakin dan bawa nama Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) ke pentas yang lebih tinggi.

๐—•๐—ฒ ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฅ. ๐—Ÿ๐—ฒ๐—ฎ๐—ฑ. ๐—œ๐—ป๐˜€๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฒ. ๐—œ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฐ๐˜.

โ€Humanity Fosters Communityโ€
Kemanusiaan Memupuk Komuniti

Semoga kejayaan mengiringi perjalanan anda dalam Anugerah Tokoh Siswa Negara.

POLYCC bangga dengan anda!







๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€โ€ผ๏ธ๐๐„๐๐€๐…๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐Pihak Kolej Komuniti Tawau Sabah mengambil maklum dan memandang seriu...
20/08/2026

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐Œ๐„๐ƒ๐ˆ๐€
โ€ผ๏ธ๐๐„๐๐€๐…๐ˆ๐€๐ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐ ๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐“๐€๐–๐€๐‘๐€๐

Pihak Kolej Komuniti Tawau Sabah mengambil maklum dan memandang serius berkenaan aduan berhubung KETERANGAN TAWARAN PESANAN KERAJAAN palsu. Semakan awal mendapati terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan hebahan tawaran bagi tujuan memperdaya pembekal untuk menyediakan bekalan/perkhidmatan.

Sehubungan dengan itu, pihak Kolej Komuniti Tawau ingin membuat penjelasan seperti berikut:
1. Kolej Komuniti Tawau tidak pernah mempelawa atau mengeluarkan tawaran kepada mana-mana syarikat untuk membuat bekalan/perkhidmatan atas nama kolej ini melalui saluran selain Sistem ePerolehan.
2. Pihak Kolej Komuniti Tawau TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ke atas sebarang kerugian, kerosakan atau tuntutan kewangan yang timbul akibat daripada penipuan dokumen palsu berkenaan.

Sebagai langkah proaktif untuk melindungi kepentingan dan kebajikan pembekal pada masa akan datang, adalah dinasihatkan agar setiap syarikat sentiasa berwaspada dan memastikan bahawa semua urusan perolehan rasmi kerajaan termasuk Kolej Komuniti Tawau hanya dilaksanakan menerusi Sistem ePerolehan. Orang ramai juga dinasihatkan agar membuat semakan terus kepada pihak Kolej Komuniti Tawau sekiranya menerima panggilan, mesej atau dokumen yang meragukan menggunakan nama Kolej Komuniti Tawau.

Pihak Kolej Komuniti Tawau sentiasa komited dalam memastikan tahap tatakelola pengurusan perolehan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan kerajaan.

Sekian, terima kasih.

๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก
๐Š๐จ๐ฅ๐ž๐ฃ ๐Š๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐“๐š๐ฐ๐š๐ฎ ๐’๐š๐›๐š๐ก
๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐Ÿ๐ŸŽ ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

๐ŸŽ“โœจ PAMERAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 โœจ๐ŸŽ“Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan ...
16/08/2026

๐ŸŽ“โœจ PAMERAN PENDIDIKAN KOLEJ KOMUNITI TAWAU DI KARNIVAL PENDIDIKAN MADANI 2026 โœจ๐ŸŽ“

Alhamdulillah, selesai sudah penyertaan Kolej Komuniti Tawau dalam Karnival Pendidikan MADANI 2026. ๐ŸŽ‰

Sepanjang program berlangsung, reruai Kolej Komuniti Tawau telah menjadi platform untuk berkongsi informasi berkaitan peluang pendidikan, program pengajian, TVET serta laluan kerjaya kepada para pengunjung. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan serta menjayakan pameran ini.

Hadir bersama pensyarah dari Program Sijil Kulinari memeriahkan reruai dengan demonstrasi ukiran buah-buahan๐Ÿ˜Š

Semoga perkongsian yang diberikan dapat membuka lebih banyak peluang dan inspirasi kepada generasi muda untuk memilih laluan pendidikan dan kemahiran yang bersesuaian. ๐ŸŒŸ

๐ŸŒŸ SELAMAT MAJU JAYA! ๐ŸŒŸWarga Kolej Komuniti Tawau, Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Maju Jaya kepada Pegaw...
09/08/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT MAJU JAYA! ๐ŸŒŸ

Warga Kolej Komuniti Tawau, Sabah merakamkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Maju Jaya kepada Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) yang akan menghadiri urusan validasi dan temuduga kenaikan pangkat.

Semoga segala urusan dipermudahkan, diberikan ketenangan dan keyakinan, serta memperoleh kejayaan yang cemerlang. ๐Ÿคฒโœจ

๐Ÿ’ Semoga sukses dan dipermudahkan dalam setiap langkah menuju kejayaan!

๐ŸŽ‰ TAHNIAH KOLEJ KOMUNITI TAWAU! ๐ŸŽ‰Satu pencapaian yang membanggakan apabila Kolej Komuniti Tawau berjaya menganjurkan 90 ...
06/08/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH KOLEJ KOMUNITI TAWAU! ๐ŸŽ‰

Satu pencapaian yang membanggakan apabila Kolej Komuniti Tawau berjaya menganjurkan 90 kursus dengan 2,515 penyertaan sepanjang National Training Week (NTW).

Kejayaan ini adalah hasil komitmen, dedikasi dan semangat kerja berpasukan seluruh warga kolej serta sokongan padu daripada rakan strategik, tenaga pengajar dan para peserta.

Terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menjayakan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat dan memperkasakan TVET untuk komuniti.

Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melahirkan masyarakat yang berkemahiran, berdaya saing dan bersedia menghadapi masa hadapan.

90 Kursus | 2,515 Penyertaan | 1 Matlamat โ€“ Memperkasa Komuniti Melalui TVET

๐Ÿฉบ CERAMAH & SARINGAN KESIHATAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN KAWASAN TAWAUKolej Komuniti Tawau merakamkan setinggi-tinggi pe...
05/08/2026

๐Ÿฉบ CERAMAH & SARINGAN KESIHATAN BERSAMA PEJABAT KESIHATAN KAWASAN TAWAU

Kolej Komuniti Tawau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Unit Kawalan Penyakit HIV/STI dan Hepatitis (HISTEP), Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau atas pelaksanaan program Ceramah dan Pendidikan Kesihatan berkaitan penyakit jangkitan seksual (HIV/STI), hepatitis serta kesedaran mengenai bahaya merokok kepada para pelajar.

Topik ceramah dan pendidikan kesihatan yang telah diberikan adalah berkaitan tentang penyakit tularan seksual seperti HIV, Sifilis, Gonorheae dan Hepatitis C. Siri ceramah ini telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dan dibantu oleh kakitangan dari Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau.

Program ini turut disertai dengan saringan pemeriksaan kesihatan bagi membantu pelajar mengetahui status kesihatan mereka serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Semoga program seperti ini dapat melahirkan warga kolej yang lebih peka, berpengetahuan dan bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan diri serta komuniti.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini.

.::๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡::.๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜’๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ซ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜›๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช-๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ...
27/07/2026

.::๐’๐˜๐€๐๐€๐’ & ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡::.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ธ๐˜ข๐˜ณ๐˜จ๐˜ข ๐˜’๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ซ ๐˜’๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜›๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ถ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ค๐˜ข๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช-๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ช ๐˜ต๐˜ข๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ง๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ถ๐˜ฌ ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜›๐˜๐˜Œ๐˜›, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ด๐˜ต๐˜ณ๐˜ช.

๐˜š๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ข ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ณ ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ญ๐˜ถ๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ด๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ, ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ซ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข.

๐™๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ข๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™–๐™ง ๐™ ๐™š๐™˜๐™š๐™ข๐™š๐™ง๐™ก๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ, ๐™ข๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ž๐™ฃ๐™จ๐™ฅ๐™ž๐™ง๐™–๐™จ๐™ž ๐™œ๐™š๐™ฃ๐™š๐™ง๐™–๐™จ๐™ž, ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™ข๐™š๐™ข๐™–๐™˜๐™ช ๐™ข๐™–๐™จ๐™– ๐™™๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐™๐™‘๐™€๐™ ๐™ฃ๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™–. ๐™๐™–๐™๐™ฃ๐™ž๐™–๐™! ๐ŸŽ‰

๐Ÿ“Š๐Ÿ’ป SEKITAR KURSUS INTERMEDIATE MICROSOFT EXCEL SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW)Kursus Intermediate Microsoft Excel s...
27/07/2026

๐Ÿ“Š๐Ÿ’ป SEKITAR KURSUS INTERMEDIATE MICROSOFT EXCEL SEMPENA NATIONAL TRAINING WEEK (NTW)

Kursus Intermediate Microsoft Excel sempena National Training Week (NTW) telah berjaya dilaksanakan selama dua (2) hari di Kolej Komuniti Tawau.

Sepanjang kursus, para peserta telah mempertingkatkan kemahiran penggunaan Microsoft Excel melalui latihan teori dan amali yang merangkumi fungsi dan formula lanjutan, pengurusan data, analisis maklumat, penyediaan laporan serta teknik menghasilkan data yang lebih sistematik, tepat dan profesional.

Program ini bertujuan meningkatkan kompetensi digital peserta bagi memenuhi keperluan semasa di tempat kerja, di samping menyokong agenda TVET, transformasi digital dan pembelajaran sepanjang hayat.

๐Ÿ‘ Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, tenaga pengajar serta pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan dalam bidang kerjaya serta kehidupan seharian.

Terus belajar, tingkatkan kemahiran dan bersama-sama membudayakan pembelajaran sepanjang hayat!

Address

Perdana Square Commercial Center, Batu 4, Jalan Apas
Tawau
91000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089913400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kolej Komuniti Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Kolej Komuniti Tawau Sabah:

Shortcuts

Share