14/05/2024
PROGRAM COMMUNITY BASED TOURISM IAITU, COMMUNITY ENGAGEMENT THROUGH EDUCATION & INTEGRATION DI KOTA BELUD, TANAK NABALU HOMESTAY HARI 3/4
[12 MAY 2024]
Hari ketiga program, di mulakan pada jam 7:00 AM dengan sarapan pagi untuk peserta dan juga ahli Tanak Nabalu. Selesai sahaja dengan sarapan. Encik Djuanis memulakan perkongsian ceramah dengan topic, Perlancongan Berasaskan Komuniti. Ceramah daripada encik Djuanis habis pada pukul 10 AM. Selepas sahaja selesai ceramah mengenai topic, Perlancongan Berasaskan Komuniti daripada encik Djuanis, peserta di kehendaki untuk menyediakan tempat untuk Interpretive talk and media bagi kursus Visitor Interpretive Service. Selain itu, peserta juga di kehendaki untuk menyediakan tempat booth bagi produk FYP iaitu final year project yang mereka telah buat.
Selesai sahaja dengan interpretive talk and media bagi kurus Visitor Interpretive Service dan juga booth FYP iaitu final year project daripada peserta, makanan tengahari di sediakan pada jam 1.30 PM dan juga peserta di beri masa rehat sehingga jam 2.30 PM untuk persediaan pertandingan memasak bersama komuniti Tanak Nabalu yang bermula pada jam 2.30 PM dengan juri iaitu Puan Mohliyarni dan juga satu juri daripada ahli Tanak Nabalu. Pertandingan memasak tersebut tamat pada jam 6.00 PM.
Majlis penutup bagi program Community Engagement Through Tourism Education and Interpretive Integration, yang di buat di dewan Tanak Nabalu, bermula pada jam 6.30 PM. Kedatangan VIP di sambut dengan musik tradisional gong yang di mainkan oleh peserta. Majlis tersebut di bermula dengan bacaan doa daripada perserta CBT iaitu, Shahnonnezal Norwandy, Di ikuti dengan ucapan daripada Pengerusi Tanak Nabalu Homestay iaitu En. Djuanis, selepas itu, diikuti dengan ucapan dari Pengarah Program CBT iaitu, Mohammad Irfan Bin Jaafar, di ikuti dengan ucapan daripada Ketua Program Diploma dalam Pengurusan Perlancongan Politeknik Tawau Sabah, En. Mohd Azmi Bin Juan. Selepas itu, ucapan daripada wakil dariapada Lembaga Perlancongan Malasia wilayah Sabah dan di akhiri dengan ucapan penutup daripada YB Datuk Ewon Benedick. Selepas itu, makan malam bermula pada jam 8.00 PM.
Sementara makan malam di hidang, persembahan kebudayaan di mainkan oleh kump**an kebudayaan Tanak Nabalu homestay dan di ikuti dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar Politeknik Tawau Sabah. Selepas itu, penyampaian hadiah pertandingan Sukan tradisional perserta bersama komuniti Tanak Nabalu, Cultural Amazing Race, di ikuti dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan memasak bersama peserta dan juga komuniti Tanak Nabalu, dan juga penyampaian sijil dan cenderahati daripada kedua pihak Tanak Nabalu dan juga Politeknik Tawau Sabah. Selepas itu, majlis penutup di meriahkan lagi dengan persembahan lagu-lagu tempatan yang di mainkan oleh Peyhen Music Bamboo Kulintangan dan juga persembahan lagu permintaan. Majlis tersebut di akhiri dengan sesi bergambar dan tamat pada jam 9.35 PM.