Politeknik Tawau Sabah

Politeknik Tawau Sabah All other FB pages and groups not linked from this page are not managed by the Politeknik Tawau Sabah

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Dr. Alfian!๐Ÿ—“๏ธ 31 Ogos 2026Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan u...
31/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Dr. Alfian!

๐Ÿ—“๏ธ 31 Ogos 2026

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Dr. Alfian bin Thomas, Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar Politeknik Tawau Sabah.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€Merdeka bukan sekadar bebas darip...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi amanah untuk terus menjaga keamanan, keharmonian dan kedaulatan tanah air. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Setinggi-tinggi penghargaan buat insan-insan yang terus berjuang, siang dan malam, di darat, laut dan udara, demi memastikan kita dapat hidup dalam sebuah negara yang aman dan tenteram. ๐Ÿซกโค๏ธ

Dalam masa yang sama, pendidikan adalah perjuangan untuk masa depan. ๐ŸŽ“๐Ÿ“š
Di sinilah kita membina generasi yang berilmu, berkemahiran dan berjiwa merdeka serta generasi yang akan meneruskan perjuangan,
memelihara keamanan dan mengangkat nama Malaysia lebih tinggi. ๐ŸŒฑ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Semoga kemerdekaan terus menjadi cahaya,
ilmu menjadi kekuatan,
perpaduan menjadi pegangan
dan perjuangan menjadi warisan.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโœจ
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! ๐Ÿ”ฅ





๐ŸŒ™โœจ SEMARAK CINTA, SUBURKAN SELAWAT โœจ๐ŸŒ™Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Tawau Sabah telah berlangsung d...
30/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SEMARAK CINTA, SUBURKAN SELAWAT โœจ๐ŸŒ™

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Politeknik Tawau Sabah telah berlangsung dengan penuh meriah dan penuh penghayatan pada 26 Ogos 2026 bertempat di Foyer Politeknik Tawau Sabah. ๐Ÿค๐Ÿ•Œ

Langkah demi langkah dalam perarakan, selawat yang dilantunkan dan ilmu yang disampaikan menjadi antara warna indah dalam menyemarakkan rasa cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๏ทบ ๐ŸŒน

Antara pengisian yang mewarnai majlis ialah:
๐Ÿฅ Perarakan Maulidur Rasul
๐ŸŽ™๏ธ Ceramah
๐Ÿณ๏ธ Pertandingan Sepanduk

Majlis turut diserikan dengan slot ceramah oleh Al-Fadhil Ustaz Badrul Amin bin Kadiru, Daie YADIM Sabah, Daerah Sook, yang menyampaikan pengisian dan perkongsian penuh bermakna kepada seluruh warga Politeknik Tawau Sabah. ๐ŸŒฟโœจ

Sesungguhnya, Maulidur Rasul bukan sekadar sebuah peringatan tentang kelahiran insan agung, tetapi sebuah ruang untuk kita kembali menelusuri sunnah, akhlak dan perjuangan Rasulullah SAW sebagai pedoman dalam kehidupan.

๐ŸŒน Semoga cinta kepada Rasulullah SAW terus mekar di hati, selawat terus mengalir di bibir dan akhlak Baginda menjadi teladan dalam setiap langkah kehidupan.

Salam Maulidur Rasul 1448H ๏ทบ
๐Ÿค Madani Dihayati, Ummah Diberkati ๐Ÿค





Latihan Kebakaran @ Fire Drill PTS28 Ogos 2026Telah berjaya dilaksanakan latihan kebakaran di Politeknik Tawau Sabah (PT...
28/08/2026

Latihan Kebakaran @ Fire Drill PTS
28 Ogos 2026

Telah berjaya dilaksanakan latihan kebakaran di Politeknik Tawau Sabah (PTS) anjuran Jawatankuasa Keselamatan Pekerjaan & Kesihatan PTS dan Briged Bomba PTS dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Tawau.

Untuk makluman, Briged Bomba PTS merupakan unit beruniform pertama yang ditawarkan di PTS. Penubuhan briged ini mencerminkan komitmen PTS dalam memperkukuh aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan pengurusan kecemasan dalam kalangan warga PTS.

Latihan ini memberi pendedahan kepada warga PTS mengenai prosedur pemindahan yang betul, tindakan pantas dan teratur ketika kecemasan serta penggunaan laluan keselamatan yang ditetapkan. Selain itu, memupuk budaya sentiasa bersedia, berwaspada serta mengutamakan keselamatan.

Antara pegawai JBPM yang terlibat ialah:

โ€ข PB Ruslan bin Jeffery
โ€ข PB Mohd Nizamlee
โ€ข PB Aidi Kassim
โ€ข PB Mohd Samsul
โ€ข PB Julydin
โ€ข PBB Hassan

Semoga latihan ini dapat meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran warga PTS dalam aspek keselamatan kebakaran serta membudayakan amalan sentiasa bersedia, berwaspada dan mengutamakan keselamatan.





PROGRAM CAREER LAUNCHPAD (CLP) PTS TAHUN 202626 & 27 Ogos 2026Politeknik Tawau SabahProgram Career LaunchPad (CLP) PTS T...
27/08/2026

PROGRAM CAREER LAUNCHPAD (CLP) PTS TAHUN 2026

26 & 27 Ogos 2026
Politeknik Tawau Sabah

Program Career LaunchPad (CLP) PTS Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya, anjuran Unit Corporate Industrial Services & Employability Centre (CISEC) dan Unit Perhubungan & Latihan Industri (UPLI) dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) cawangan Tawau.

Program selama dua hari ini memberi pendedahan serta peluang kepada pelajar semester 5 untuk mendapatkan maklumat kerjaya, memahami keperluan dan kehendak industri, serta berinteraksi secara langsung dengan pihak industri.

Sepanjang program ini, para pelajar berpeluang meningkatkan pengetahuan berkaitan dunia pekerjaan, mempelajari teknik persediaan menghadapi temu duga, memperkemas kemahiran komunikasi serta membina keyakinan diri. Sesi temu duga dengan pihak industri antaranya Daeng Travel & Tours Sdn Bhd dan Borneo Royale Hotel turut memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dan mendapatkan maklum balas secara langsung daripada bakal majikan.

Semoga program ini dapat membantu para pelajar membuat persediaan dalam membina kerjaya, mengenal pasti peluang pekerjaan yang bersesuaian serta meningkatkan kebolehpasaran graduan.





๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL โœจ๐ŸŒ™Bukan sekadar mengenang sebuah kelahiran,tetapi menghidupkan kembali cahaya akhlak, kasih saya...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ SALAM MAULIDUR RASUL โœจ๐ŸŒ™

Bukan sekadar mengenang sebuah kelahiran,
tetapi menghidupkan kembali cahaya akhlak, kasih sayang dan teladan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW. ๐Ÿค

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam hati,
menjadi cahaya dalam langkah, kelembutan dalam bicara,
dan pedoman dalam setiap helaian kehidupan. ๐ŸŒฟโœจ

Selawat dan salam buat insan mulia,
yang mengajar kita bahawa kekuatan bukan pada kerasnya bicara,
tetapi pada indahnya akhlak dan luasnya kasih kepada sesama. ๐Ÿ•Š๏ธ

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู† ๐Ÿคฒ๐Ÿป

๐ŸŒน Salam Maulidur Rasul 1448H ๐ŸŒน
Semoga kita terus meneladani sunnahnya, menyuburkan kasihnya dan menghidupkan akhlaknya dalam kehidupan seharian.

โ€œSesungguhnya pada diri Rasulullah SAW itu terdapat contoh teladan yang terbaik.โ€ ๐Ÿค





๐Ÿค MESYUARAT HALA TUJU PERWUJUDAN BERSAMA (CO-EXIST) IPGK Tawau bersama Politeknik Tawau Sabah๐Ÿ—“๏ธ 24 Ogos 2026 (Isnin)๐Ÿ“ IP...
24/08/2026

๐Ÿค MESYUARAT HALA TUJU PERWUJUDAN BERSAMA (CO-EXIST)
IPGK Tawau bersama Politeknik Tawau Sabah

๐Ÿ—“๏ธ 24 Ogos 2026 (Isnin)
๐Ÿ“ IPG Kampus Tawau

Hari ini menjadi satu lagi lembaran bermakna dalam usaha jalinan strategik antara Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau (IPGK Tawau) dan Politeknik Tawau Sabah melalui Mesyuarat Hala Tuju Perwujudan Bersama (Co-Exist).

๐Ÿงญ Mesyuarat ini dipengerusikan oleh:

YBhg. Datoโ€™ Dr. Megat Sany bin Megat Ahmad Supian
Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Malaysia.

Turut hadir mewakili Politeknik Tawau Sabah:

๐Ÿ‘ค YBrs. Tuan Haji Ulaimi bin Yahya
Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

๐Ÿ‘ค YBrs. Encik Tahir bin Leemat
Pengarah, Politeknik Tawau Sabah

๐Ÿ‘ค YBrs. Encik Anuar bin Ismail
Timbalan Pengarah, Unit Perancangan Projek, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

๐Ÿ‘ค YBrs. Puan Helen binti Lau@Abd. Kadir
Timbalan Pengarah, Politeknik Tawau Sabah

๐Ÿ‘ค YBrs. Puan Noraini binti Ahmad
Ketua Penolong Setiausaha, Unit Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi

๐Ÿ‘ค YBrs. Dr. Alfian bin Thomas
Ketua Unit Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Tawau Sabah

๐Ÿ‘ค YBrs. Encik Mohd Haqqul Yaqin bin Ahmad M
Ketua Unit Komunikasi & Hubungan Korporat, Politeknik Tawau Sabah

๐Ÿ‘ค YBrs. Encik Junaidi bin Aripin
Ketua Unit Pembangunan & Penyenggaraan Fasiliti, Politeknik Tawau Sabah

๐ŸŒฑ Co-Exist bukan sekadar tentang berkongsi ruang, tetapi mencipta nilai bersama.

Apabila dua institusi berdiri dengan aspirasi yang seiring, perbezaan menjadi pelengkap, kekuatan menjadi sandaran dan kerjasama menjadi jambatan menuju masa hadapan.

โœจ Semoga perbincangan dan kesepakatan yang terhasil menjadi titik tolak demi memperkukuh ekosistem pendidikan serta memberikan manfaat kepada warga kedua-dua institusi dan komuniti setempat.

๐Ÿค Bersama menyusun langkah, menyatukan gagasan, membina masa hadapan.





Selamat Ulang Tahun Kelahiran Miss Sandra!๐Ÿ—“๏ธ 24 Ogos 2026Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ...
24/08/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Miss Sandra!

๐Ÿ—“๏ธ 24 Ogos 2026

Pengarah serta seluruh warga Politeknik Tawau Sabah merakamkan ucapan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada Cik Sandra Elvinny Jirin, Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan berpanjangan serta kejayaan berterusan dalam kerjaya dan kehidupan.





๐Ÿ’ผ CAREER KICKSTART: ACE YOUR INTERVIEW ๐Ÿ’ผTelah berlangsung dengan jayanya program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) CARE...
18/08/2026

๐Ÿ’ผ CAREER KICKSTART: ACE YOUR INTERVIEW ๐Ÿ’ผ

Telah berlangsung dengan jayanya program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) CAREER KICKSTART: ACE YOUR INTERVIEW pada 15 Ogos 2026 di Politeknik Tawau Sabah.

Pengisian bagi kursus ini telah disampaikan oleh Cik. Audrey Fiona Kinson, Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri, yang telah berkongsi ilmu, panduan serta tips berguna dalam membuat persediaan menghadapi temu duga dan seterusnya meningkatkan keyakinan diri.

Semoga perkongsian dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat membantu para peserta membuat persediaan yang lebih baik serta meningkatkan keyakinan diri dalam melangkah ke alam kerjaya. ๐Ÿ’ผโœจ

Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta atas penyertaan yang diberikan! ๐Ÿ‘





๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ€ SEMOGA BERJAYA, WIRA SABAH! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅSUKAN MALAYSIA (SUKMA) 2026 | SELANGOR๐ŸŽฏ Membawa nama Negeri Sabah di pentas SUKMA 2026...
17/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ€ SEMOGA BERJAYA, WIRA SABAH! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ

SUKAN MALAYSIA (SUKMA) 2026 | SELANGOR

๐ŸŽฏ Membawa nama Negeri Sabah di pentas SUKMA 2026, dua pelajar Politeknik Tawau Sabah:

๐Ÿ€ AUGUSTINE EIFAITH KHO ALBINUS
๐Ÿ€ EDMUND EIFFEL KHO ALBINUS

bakal menggalas cabaran dalam acara Bola Keranjang.๐Ÿ”ฅ

Di gelanggang, bukan sekadar mata yang diburu, tetapi semangat, maruah dan nama negeri yang dipertaruhkan. Setiap langkah, setiap hantaran dan setiap jaringan adalah cerminan keberanian anak muda yang tidak gentar mengejar kejayaan. โœจ

Berjuanglah dengan penuh semangat, bermainlah dengan penuh jiwa. ๐Ÿ”ฅ

Bawa nama Sabah dengan bangga dan jadikan setiap detik di gelanggang sebagai kenangan yang membanggakan. ๐Ÿ†

๐Ÿ’™ Pengarah dan seluruh warga Politeknik Tawau Sabah mendoakan agar Augustine dan Edmund terus berjuang, memberikan yang terbaik dan mengukir kejayaan di SUKMA 2026!

Ayuh Sabah! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ
Bersatu di gelanggang, berjuang demi negeri! ๐Ÿ€๐Ÿ’™โค๏ธ





Address

KM 36 Balung
Tawau
91009

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089950500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Politeknik Tawau Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Politeknik Tawau Sabah:

Shortcuts

Share