30/09/2026
ππππππ ππππππππ πππππππ ππππ π: πππππππππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππ (πππ) ππππππππππππ, πππ ππππππ πππππ ππππ
TAWAU, 25 September 2026 β Unit Pembelajaran Digital, Jabatan Kecemerlangan Akademik, IPG Kampus Tawau telah menganjurkan Kursus Aplikasi Digital Siri 2: Pemerkasaan Learning Management System (LMS) OpenLearning bertempat di Bilik MBMMBI, IPG Kampus Tawau.
Kursus ini memberi pendedahan secara hands-on kepada peserta dalam penggunaan OpenLearning, termasuk pembinaan kursus, pengurusan bahan pembelajaran, interaksi peserta serta pengurusan penilaian dalam LMS.
Program ini dijayakan oleh barisan penceramah dan fasilitator, iaitu Dr. Aman Shah bin Syed Ali, En. Mahmud bin Ahmad, Dr. Richeal Phil Thien Kim How, Dr. Christina Sim Pei Pei, Pn. Siti Norzurah binti Musa dan Pn. Aggenes Tona binti Antonius.
Penganjuran kursus ini merupakan usaha berterusan IPG Kampus Tawau dalam memperkasa kompetensi digital pensyarah dan penggunaan LMS bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.