OUM Temerloh

OUM Temerloh A consortium of 11 public universities in the country, to set up an open university. Part-Time Studies / Online Studies
(1)

BENGKEL PENULISAN TUGASAN (BPT)AMBILAN MEI 2026 | OUM TEMERLOHAlhamdulillah, Bengkel Penulisan Tugasan (BPT) bagi pelaja...
07/06/2026

BENGKEL PENULISAN TUGASAN (BPT)
AMBILAN MEI 2026 | OUM TEMERLOH

Alhamdulillah, Bengkel Penulisan Tugasan (BPT) bagi pelajar Ambilan Mei 2026 OUM Temerloh telah berjaya dilaksanakan pada hari ini dengan jayanya.

Pihak OUM Temerloh ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pelajar yang telah meluangkan masa untuk hadir dan mengikuti bengkel ini. Kehadiran serta komitmen anda menunjukkan kesungguhan dalam menimba ilmu dan meningkatkan kemahiran akademik.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Encik Mohammad Naim bin Ismail Naim Ismail atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman serta tunjuk ajar yang sangat bermanfaat sepanjang bengkel berlangsung. Semoga segala perkongsian yang diberikan dapat membantu para pelajar menghasilkan tugasan yang lebih berkualiti dan cemerlang.

Kepada semua pelajar, teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa dalam perjalanan pengajian anda. Setiap tugasan yang disiapkan, setiap cabaran yang ditempuhi dan setiap ilmu yang dipelajari merupakan langkah penting ke arah mencapai kejayaan. Percayalah bahawa usaha yang konsisten hari ini akan membuahkan hasil yang membanggakan pada masa hadapan.

Semoga ilmu yang diperoleh melalui bengkel ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik anda.

Selamat maju jaya dan teruskan melangkah ke arah kejayaan bersama OUM Temerloh! πŸŽ“βœ¨





✨HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026✨DAULAT TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Du...
01/06/2026

✨HARI KEPUTERAAN YANG DI-PERTUAN AGONG 2026✨

DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijah 1447H.

Sembah takzim daripada seluruh warga OUM Temerloh.

✨ HARI WESAK 2026 ✨Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah keluarga Mala...
31/05/2026

✨ HARI WESAK 2026 ✨

Hayati nilai toleransi, kasih sayang dan berkhidmat untuk sesama manusia sebagai sebuah keluarga Malaysia.

Ikhlas daripada,
OUM Temerloh.

30/05/2026
πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 βœ¨πŸŒ™10 Zulhijjah 1447HAidiladha mengajar kita tentang keikhlasan, pengorbana...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2026 βœ¨πŸŒ™

10 Zulhijjah 1447H

Aidiladha mengajar kita tentang keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam menempuh setiap ujian kehidupan. Semoga hari yang penuh keberkatan ini membawa kebahagiaan, ketenangan serta mengeratkan lagi silaturahim bersama insan tersayang.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan dan menyemai nilai kasih sayang, syukur serta keprihatinan dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada,
OUM Temerloh

SELAMAT HARI HOL NEGERI PAHANGOUM Temerloh ingin mengucapkan Selamat Hari Hol Negeri Pahang kepada semua rakyat Negeri P...
21/05/2026

SELAMAT HARI HOL NEGERI PAHANG

OUM Temerloh ingin mengucapkan Selamat Hari Hol Negeri Pahang kepada semua rakyat Negeri Pahang.

Hari Hol di Pahang merupakan hari memperingati kemangkatan keluarga diraja Pahang dan bersempena memperingati kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al Mu'adzam Shah. Diharapkan semoga roh baginda dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Marilah kita bersama-sama memelihara keharmonian, memperkukuhkan semangat perpaduan dan terus menyumbang demi kemajuan Negeri Pahang yang tercinta.

Ikhlas daripada,
OUM Temerloh

πŸŽ“ Terima Kasih & Selamat Maju Jaya! πŸŽ“Sekalung penghargaan buat semua pelajar Ambilan Mei 2026 OUM Temerloh yang telah me...
17/05/2026

πŸŽ“ Terima Kasih & Selamat Maju Jaya! πŸŽ“

Sekalung penghargaan buat semua pelajar Ambilan Mei 2026 OUM Temerloh yang telah menghadiri Bengkel Kemahiran Belajar (BKB) dengan penuh komitmen dan semangat. Kehadiran anda membuktikan kesungguhan untuk terus menimba ilmu dan melangkah lebih jauh dalam perjalanan akademik. 🌟

Ingatlah, setiap usaha yang dilakukan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan yang lebih gemilang. Perjalanan sebagai pelajar mungkin mencabar, tetapi dengan disiplin, fokus dan semangat yang kuat, tiada yang mustahil untuk dicapai. πŸ’ͺπŸ“š

Teruskan melangkah dengan yakin, jangan takut untuk mencuba, dan sentiasa percaya pada kemampuan diri sendiri. Kejayaan bukan milik mereka yang tidak pernah gagal, tetapi milik mereka yang tidak pernah berhenti berusaha. ✨

Semoga segala ilmu dan perkongsian sepanjang bengkel ini menjadi panduan serta pembakar semangat untuk anda terus cemerlang dalam pengajian dan kehidupan.

Tahniah ENCIK AZWAN BIN HARUN - SARJANA PENDIDIKAN (MEd) πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸŽ“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar ...
17/05/2026

Tahniah ENCIK AZWAN BIN HARUN - SARJANA PENDIDIKAN (MEd) πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌπŸŽ“
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan dalam bidang pendidikan dan kehidupan mendatang! 😊
'
'
"Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Fakulti Pendidikan, Open University Malaysia para pensyarah, penyelia saya En Lokman Bin Abdullah, dan seluruh warga fakulti yang telah banyak berjasa.
Ilmu yang dicurahkan, bimbingan yang diberikan, dan sokongan yang tidak pernah putus-putus, semuanya amat bermakna dalam perjalanan pembelajaran saya.
Semoga Allah membalas jasa baik semua pihak. Terima kasih, OUM!"

Tahniah ENCIK SHAHRULNIZAM BIN MUSA - SARJANA MUDA PENGURUSAN PEMBUATAN DENGAN KEPUJIAN πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ πŸŽ“'' "Tahniah buat sahabat k...
17/05/2026

Tahniah ENCIK SHAHRULNIZAM BIN MUSA - SARJANA MUDA PENGURUSAN PEMBUATAN DENGAN KEPUJIAN πŸ‘πŸΌπŸ‘πŸΌ πŸŽ“
'
'
"Tahniah buat sahabat kami, Shahrul dan Hariz atas kejayaan menamatkan pengajian dan hari konvokesyen kalian πŸŽ“βœ¨
Segala usaha, penat lelah, tidur lewat, stress assignment dan exam akhirnya berbaloi juga. Walaupun ada antara kita yang belum konvo lagi, janganlah lupakan kami."


-Ikhlas dari Geng sahabat selamanya-

16/05/2026

Address

Temerloh Learning Centre Open University Malaysia No. 33, Jalan Permai 1 Semantan Walk, Temerloh Darul Makmur
Temerloh
28000

Opening Hours

Tuesday 09:00 - 16:00
Wednesday 09:00 - 16:00
Thursday 09:00 - 16:00
Friday 09:00 - 16:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 16:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OUM Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to OUM Temerloh:

Share