Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh

Call Directions Website

Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBNT) merupakan Institusi TVET Awam dibawah Kementerian Belia & Sukan Malaysia (KBS) OBJEKTIF
i. ii. iii. iv. v.

Menyediakan latihan intensif berorientasikan pengeluaran dalam bidang automotif,
tuangan logam dan pembungkusan. Melahirkan tenaga mahir di dalam bidang-bidang yang berkenaan ke arah memenuhi
keperluan perindustrian negara yang berorientasikan kepakaran dan
berketerampilan. Melahirkan golongan tenaga pekerja mahir bagi mencapai matlamat negara
menjelang tahun 2020. Mengembangkan dan mempelbagaikan latihan berasaskan teknologi tinggi. Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti, berpengetahuan dan berkemahiran
bersesuaian dengan permintaan negara. vi. Mengukuhkan ekonomi negara dengan menggalakkan penglibatan sektor swasta
dalam bidang yang ditawarkan. VISI
Menjadi institut terbaik dalam menyediakan latihan kemahiran untuk belia bagi mencapai keperluan pembangunan negara. MISI
Menghasilkan dan menyediakan seramai mungkin belia yang berkemahiran, juga individu yang berdisiplin, patriotik, berwawasan dan berakhlak mulia demi memenuhi keperluan tenaga kerja sejajar dengan dasar pembangunan negara.

MARAN, PAHANG – Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi Pelajar Sesi 1/2026 telah dil...
19/10/2026

MARAN, PAHANG – Program Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi Pelajar Sesi 1/2026 telah dilaksanakan selama tiga hari bermuala dari 16 Oktober 2026 Hingga 18 Oktober 2026 Sebagai salah satu komponen penting dalam melayakkan peserta ditauliahkan Sijil Gangsa dan Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda.

Program ini dipimpin oleh Mohamad Syafiq Bin Mohd Noor (Pemimpin) bersama Syaiful Bahari Bin Mohd Yusof dari Badan Operasi, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh, dengan memberi penekanan terhadap pembangunan sahsiah, kepimpinan, disiplin dan ketahanan diri peserta melalui aktiviti luar yang mencabar serta berunsurkan pembelajaran pengalaman.

Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merangkumi empat komponen utama, iaitu Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak. Peserta perlu melengkapkan komponen yang ditetapkan mengikut tahap pengiktirafan masing-masing bagi memenuhi syarat pentauliahan sijil.

Sepanjang program berlangsung, peserta mengikuti pelbagai aktiviti yang dirancang bagi meningkatkan kemahiran pengurusan diri, kerjasama berpasukan dan kebolehan menghadapi cabaran. Pada hari pertama, peserta menjalani proses pendaftaran dan taklimat ringkas, diikuti aktiviti kraf perkhemahan, persediaan tapak perkhemahan serta pemilihan jawatankuasa secara demokrasi.

Pada hari kedua, peserta meneruskan cabaran dengan aktiviti trekking ke Bukit Micro sebelum kembali ke KRM Maran. Aktiviti diteruskan dengan penjelajahan ke Teladas yang turut melibatkan khidmat masyarakat melalui aktiviti pembersihan sungai. Pengisian ini memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memelihara alam sekitar di samping memupuk semangat kesukarelawanan dan tanggungjawab terhadap komuniti.

Selain menguji ketahanan fizikal dan mental, program ini turut menekankan nilai kepimpinan, toleransi, pengurusan masa, disiplin dan semangat setiakawan. Sesi refleksi kumpulan juga diadakan bagi membolehkan peserta berkongsi pengalaman serta menilai pembelajaran yang diperoleh sepanjang aktiviti.

Program diakhiri pada hari ketiga dengan aktiviti pengurusan acara, diikuti majlis penutup yang dirasmikan oleh Puan Siti Aishah binti Mustafa. Pelaksanaan program ini diharapkan dapat membantu peserta melengkapkan komponen Penjelajahan Lasak ARPRM serta membentuk generasi muda yang berdikari, berkeyakinan, berdaya tahan dan bertanggungjawab.

IKTBN TEMERLOH ANJUR KURSUS PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BPdP) BAGI MEMPERKASA KOMPETENSI PEGAWAI DAN ...
16/10/2026

IKTBN TEMERLOH ANJUR KURSUS PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (BPdP) BAGI MEMPERKASA KOMPETENSI PEGAWAI DAN KAKITANGAN GRED DV

TEMERLOH, 12 OKTOBER 2026 – Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menganjurkan Kursus Pembangunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran (BPdP) (Customised) yang melibatkan serami 30 orang pegawai dan kakitangan Gred DV IKTBN Temerloh. Kursus yang berlangsung selama empat hari, bermula 12 hingga 15 Oktober 2026 ini diadakan di Perpustakaan IKTBN Temerloh.
Penganjuran kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sistematik, berkualiti serta menepati keperluan latihan kemahiran. Program ini turut memberi penekanan kepada pemahaman dan penyediaan dokumen latihan berdasarkan keperluan National Occupational Skills Standard (NOSS).
Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah daripada Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dari bahagian Program Pembangunan Profesional Kemahiran (SPD), iaitu En. Amir bin Mohamed dan En. Mohd Yusri bin Pardi, yang berkongsi pengetahuan serta pengalaman dalam bidang pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta pelaksanaan latihan kemahiran.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan kepada pelbagai modul merangkumi pengenalan kepada NOSS, pengenalpastian program latihan, pengenalpastian dan pemurnian Curriculum of Competency Unit (CoCU), pembahagian masa pembelajaran dan penilaian serta pembangunan bahan pengajaran teori dan amali.
Antara pengisian utama kursus ialah penyediaan pelan mengajar, kertas penerangan, kertas tugasan, pelan mengajar amali dan kertas kerja. Pengisian ini memberi pendedahan praktikal kepada peserta dalam merancang, membangunkan dan menyusun bahan pengajaran secara lebih teratur bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Pada hari terakhir kursus, Pengarah IKTBN Temerloh, En Azian Bin Hussain telah meluangkan masa untuk hadir dan menyempurnakan majlis perasmian penutupan kursus. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan serta komitmen pihak pengurusan institut terhadap usaha memperkukuh pembangunan profesional dan kompetensi pegawai serta kakitangan, khususnya dalam bidang pengajaran dan latihan kemahiran.
Melalui pelaksanaan kursus ini, para peserta berpeluang memperkukuh kompetensi profesional dalam pembangunan bahan pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan persediaan ke arah memperoleh persijilan CIAST, tertakluk kepada syarat dan penilaian yang ditetapkan.
Penganjuran program ini merupakan antara usaha berterusan IKTBN Temerloh dalam memperkasakan kompetensi warga kerja, di samping memastikan penyampaian latihan kemahiran yang berkualiti, sistematik dan selaras dengan keperluan industri serta aspirasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Diharapkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan tenaga pengajar yang kompeten, profesional dan berdaya saing.



15/10/2026

BELIA 2027: MEMBINA MASA DEPAN πŸ‡²πŸ‡Ύ

Belia hari ini, peneraju negara masa hadapan!

Belanjawan 2027 membuka lembaran baharu dalam memperkasa golongan belia menerusi pembangunan kemahiran, pendidikan TVET dan peluang kerjaya yang lebih luas.

Sejauh mana inisiatif yang diumumkan mampu membantu anak muda membina masa depan yang lebih cerah dan berdaya saing?

πŸŽ™οΈ Ikuti kupasan menarik dalam ALFA – Analisis β€’ Laporan β€’ Fakta β€’ Agenda bersama:

πŸ‘€ ENCIK MOHD SUKRI BIN ISMAIL
Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

πŸ“… Jumaat | 16 Oktober 2026
⏰ 10.30 pagi
πŸ“» NASIONALfm – Sentiasa Di Hati

Jom bersama kita meneroka peluang, memperkasa potensi dan membina masa depan generasi belia Malaysia! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ’Ό TVET Pilihan Utama Kerjaya
πŸ† ILKBS Profesional Terunggul


15/10/2026
WASPADA JEREBU, UTAMAKAN KESIHATAN! πŸ˜·πŸ’§Kesihatan dan keselamatan pelajar di IKTBN Temerloh sentiasa menjadi keutamaan.Dal...
15/10/2026

WASPADA JEREBU, UTAMAKAN KESIHATAN! πŸ˜·πŸ’§

Kesihatan dan keselamatan pelajar di IKTBN Temerloh sentiasa menjadi keutamaan.

Dalam keadaan cuaca berjerebu, semua pelajar dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan risiko terhadap kesihatan, khususnya ketika menjalani aktiviti pembelajaran dan latihan amali.

Ingat, kemahiran boleh diasah, ilmu boleh ditambah, tetapi kesihatan jangan diabaikan! πŸ’ͺ
Koi

Kuantan 11 Oktober 2026. Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan apabila p...
13/10/2026

Kuantan 11 Oktober 2026. Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Pahang melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan apabila pelajar IKTBN Temerloh Muhammad Azhad bin Mohd Rozi Jurusan Diploma Tek. Kejuruteraan Automotif Penyelenggaraan (DQY04) diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal.

Hadiah berupa motorsikal berkenaan disampaikan Oleh YB. Dato' Fadzli bin Mohamad Kamal . Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang.

HSN Peringkat Negeri Pahang kali ini berjaya menarik ribuan pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat yang menyertai pelbagai acara sukan.

Terima kasih Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.











See less

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN TEMERLOH 2026.10-11 Oktober 2026 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN T...
13/10/2026

SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT IKTBN TEMERLOH 2026.

10-11 Oktober 2026 Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat IKTBN Temerloh berjalan dengan jayanya.

Penglibatan aktiviti ini bertujuan menyemarakkan semangat kesukanan serta menggalakkan masyarakat untuk terus aktif dalam aktiviti sukan.

Turut hadir Yang Berusaha En. Azian bin Hussain Pengarah IKTBN Temerloh , En. Muhammad Ezzas bin Abu Bakar Timbalan Pengarah Latihan serta Puan Siti Aishah binti Mustafa Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

Ayuh jadikan sukan sebagai gaya hidup. Kekal aktif dan terus sihat.







π’π„π’πˆ ππ„πŒππ„ππ“π€ππ†π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ”πŒππ”π‹π€π πˆππŽπ•π€π“πˆπ… 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‘π„π€π“πˆπ… (𝐊𝐈𝐊) πŠππ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€, 6 πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”β€“ Kumpulan Exc...
07/10/2026

π’π„π’πˆ ππ„πŒππ„ππ“π€ππ†π€π ππ„π‘π“π€ππƒπˆππ†π€π πŠπ”πŒππ”π‹π€π πˆππŽπ•π€π“πˆπ… 𝐃𝐀𝐍 πŠπ‘π„π€π“πˆπ… (𝐊𝐈𝐊) πŠππ’ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ”
ππ”π“π‘π€π‰π€π˜π€, 6 πŽπ€π­π¨π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ”β€“ Kumpulan Excellensia, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh (IKTBNT) telah menyertai Pembentangan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Tahun 2026 yang berlangsung di Dewan Podium, Menara KBS.
Dalam sesi tersebut, Kumpulan Excellensia telah membentangkan sistem Pemfailan Digital bagi Fail Kualiti Akademik MQA (eFKA) yang mentransformasikan proses pengurusan Fail Kualiti Akademik daripada sistem berasaskan fizikal kepada sistem pengurusan rekod digital yang sistematik, tersusun dan mudah dicapai. eFKA ini memanfaatkan ekosistem teknologi Google dan penyimpanan awan (cloud storage) bagi membolehkan dokumen FKA disusun, disimpan, dicapai dan diurus secara digital mengikut standard yang ditetapkan. eFKA ini bukan sekadar mendigitalkan dokumen sedia ada tetapi turut mempermudah aliran kerja, mempercepat proses capaian bukti serta meningkatkan kecekapan pengurusan dan tadbir urus rekod akademik.
Pembentangan turut mendapat sokongan dari pengurusan tertinggi IKTBNT. Penyertaan ini mencerminkan komitmen IKTBNT dalam memperkasa inovasi melalui sistem Pemfailan Digital bagi Fail Kualaiti Akademik MQA (eFKA).



PROGRAM PERKONGSIAN PENYIASATAN SPRM BERSAMA PELAJAR IKTBN TEMERLOH TAHUN 2026LANCHANG, 2 Oktober 2026 – Unit Integriti,...
06/10/2026

PROGRAM PERKONGSIAN PENYIASATAN SPRM BERSAMA PELAJAR IKTBN TEMERLOH TAHUN 2026

LANCHANG, 2 Oktober 2026 – Unit Integriti, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Temerloh telah menganjurkan Program Perkongsian Penyiasatan SPRM Bersama Pelajar IKTBN Temerloh pada 30 September 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Serbaguna IKTBN Temerloh.
Program yang bermula pada jam 8.30 pagi itu melibatkan seramai 211 orang pelajar Semester 2 dan Semester 3 IKTBN Temerloh. Program ini merupakan salah satu pengisian bagi memenuhi Modul Aktiviti KIAR pelajar ILKBS, di samping memberikan pendedahan dan meningkatkan kefahaman pelajar berkaitan isu rasuah serta kepentingan mengamalkan nilai integriti dalam kehidupan seharian.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh PKPs. Mohammad Hassan bin Zulkifli dari Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Daerah Temerloh yang memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai peranan SPRM, kesalahan berkaitan rasuah serta kepentingan menjauhi amalan rasuah dan salah guna kuasa. Turut hadir ialah Encik Muhamad Azizi bin Azizan, Pegawai Unit Integriti IKTBN Temerloh, serta pegawai-pegawai IKTBN Temerloh.

Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar IKTBN Temerloh tentang kepentingan integriti, amanah dan tanggungjawab sebagai generasi muda, seterusnya membentuk jati diri yang berintegriti serta bebas daripada gejala rasuah.



KARNIVAL KERJAYA DAN STEM BARA IKTBN Temerloh telah dijemput untuk menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Kerjaya da...
06/10/2026

KARNIVAL KERJAYA DAN STEM BARA

IKTBN Temerloh telah dijemput untuk menyertai Pameran Inovasi sempena Karnival Kerjaya dan STEM Bara anjuran SMK Bukit Cermin, Mentakab pada 30 September 2026. Dua pengajar JTAM telah mempromosikan pengambilan pelajar baharu IKTBN Temerloh untuk sesi 1/2027 di samping mempamerkan projek FYP yang telah dihasilkan oleh pelajar MQA.

Address

Kampung Bongsu
Temerloh
28500

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6092805550

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh - IKTBN Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share