PSSCM UTP

PSSCM UTP Laman sosial rasmi bagi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS Ghani menyambung pelajarannya di UTP bermula bulan Mei 1998.

Idea penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS (PSSCM UTP) tercetus apabila seorang ahli tamat PSSCM iaitu saudara Azni Suhadi Abd. Beliau telah bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti PSSCM bersama-sama ahli dari PSSCM Universiti Sains Malaysia Kampus Cawangan Perak pada ketika itu. Pada bulan November 1998, dua lagi ahli tamat PSSCM iaitu saudara Arif Bin Mohd Zai

nudin dan saudara Ahmad Azrul Nizam Bin Mohamad Zainal telah menyambung pelajaran mereka di UTP. Bermula dari detik itu, semangat untuk merealisasikan penubuhan PSSCM UTP semakin marak membara. Saudara Arif Bin Mohd Zainuddin dan ahli-ahli tamat PSSCM lain yang berada di UTP iaitu saudara Ahmad Azrul Nizam Bin Mohamad Zainal, saudara Meor Hamzah Abdullah Sani, saudari Siti Fauziah Toha @ Tohara dan saudari Noor Kamariah Abd Rahman mengadakan beberapa sesi perjumpaan bagi membincangkan penubuhan PSSCM UTP dan mereka inilah yang menjadi nadi penggerak selaku pengasas kepada penubuhan PSSCM UTP. Mesyuarat penubuhan PSSCM UTP secara tidak rasmi buat pertama kalinya telah diadakan pada 7 November 1998 di Kafeteria KOPETRO UTP dan hasilnya satu Jawatankuasa Penaja PSSCM UTP telah ditubuhkan. Melalui Jawatankuasa Penaja ini, beberapa siri perjumpaan dan rundingan telah diadakan dengan pihak Bahagian Perkhidmatan Pelajar UTP (BPP UTP) yang sekarang dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Dan Sokongan Pelajar (JPSP UTP). Susulan daripada rundingan itu, pihak Jawatankuasa Penaja telah menghantar Kertas Kerja Penubuhan PSSCM UTP kepada pihak BPP UTP untuk memohon kelulusan rasmi menubuhkan persatuan ini. Setelah tiga kali menghantar kertas kerja, akhirnya pada hari Jumaat, tanggal 29 Januari 1999 bersamaan 11 Syawal 1419H telah menjadi tarikh penting dalam lipatan sejarah PSSCM UTP apabila penubuhan Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi PETRONAS mendapat kelulusan rasmi dari pihak Bahagian Perkhidmatan Pelajar Universiti Teknologi PETRONAS. Aktiviti pertama yang dijalankan adalah Mesyuarat Agung Tahunan kali Pertama PSSCM UTP iaitu pada 7 Februari 1999 di Kafeteria UTP. Saudara Arif Bin Mohd Zainuddin telah dipilih sebagai Presiden PSSCM UTP yang pertama dan beliau banyak menyumbang jasa dan bakti dalam perjalanan perjuangan PSSCM UTP. Susulan itu, buat julung kalinya Majlis Demonstrasi dan Penerangan PSSCM telah diadakan di Dewan Serbaguna UTP pada 19 Jun 1999. Hasil dari majlis tersebut, pengambilan ahli baru telah diadakan buat pertama kalinya dan seramai 29 orang warga kampus UTP telah menjadi kumpulan perintis kepada PSSCM UTP sebagai kumpulan pertama (kelas UTP 1) yang menyambung perjuangan dan meneruskan usaha memartabatkan Seni Silat Cekak sebagai satu seni beladiri melayu asli yang β€œtakkan lapuk dek hujan dan takkan lekang dek panas” hingga ke hari ini.

21/11/2025
21/11/2025
21/11/2025
21/11/2025

[π…π€πŠπ“π€ π‰π”ππ‹πˆ πˆππ“π€π] πŒπ€πŠππ€ "π‚π„πŠπ€πŠ"

Dalam satu temuramah dari RTM pada tahun 1984,

YM Almarhum Ustaz Hj Hanafi bin Hj Ahmad selaku Pengasas Agung

merangkap Guru Utama dan Presiden,

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia atau PSSCM (1965 - 1986)

ada menerangkan kelebihan maksud perkataan CEKAK yang digunakan dalam .

Dalam bahasa Minangkabau, perkataan Cekak disebut CAKAK. Bermaksud gaduh.

Maknanya Silat Cekak ini silat gaduh. Lebih tepat, ilmu silat ini boleh diguna untuk mempertahankan diri.

Dalam bahasa Jawa, Cekak bermaksud 'ringkas'.

Boleh dikata Silat Cekak ini silat yang ringkas geraknya.

Dalam loghat orang Kedah p**a, perkataan Cekak disebut MAKAN CEKAK. Maksudnya bertanggungjawab.

Ini boleh disimpulkan Silat Cekak adalah ilmu silat yang boleh dipertanggungjawabkan kepada diri yang belajar.




21/11/2025

[FAKTA JUBLI INTAN]

PENGASAS AGUNG SILAT CEKAK BERSAMA AHLI-AHLI



21/11/2025

[π…π€πŠπ“π€ π‰π”ππ‹πˆ πˆππ“π€π]

πƒπ„πŒπŽππ’π“π‘π€π’πˆ π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ
π€ππ‘πˆπ‹πŸπŸ—πŸ–πŸ”

Anda kenal siapa di dalam gambar?
Boleh komen ya….



21/11/2025

[π…π€πŠπ“π€ π‰π”ππ‹πˆ πˆππ“π€π] π’πˆπ‹π€π“ π‚π„πŠπ€πŠ 𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑-𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑 π€π’π‹πˆ

21/11/2025

[π…π€πŠπ“π€ π‰π”ππ‹πˆ πˆππ“π€π] 𝐔𝐒𝐓𝐀𝐙 π‡π€ππ€π…πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐒 ππ’π’π‚πŒ

21/11/2025

Address

Seri Iskandar
Tronoh
32610

Opening Hours

17:00 - 19:00
21:00 - 23:00

Telephone

+60199852340

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM UTP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to PSSCM UTP:

Share