28/06/2026
Bagi yang nak mula bercucuk tanam, tanamlah pokok kelapa. Harga sentiasa stabil tak kira masa. Yang penting boleh simpan lama.
Tak boleh jual yang muda, boleh simpan jadi buah tua untuk santan. Hampir semua berkaitan kelapa boleh dijual.
Air kelapa muda boleh dijual. Isi kelapa muda boleh dibuat coconut shake atau jeli kelapa. Sabut boleh dijual kepada tauke akok. Tempurung boleh dihantar kepada pengilang arang braket.
Kelapa tua dibuat santan, kelapa goreng atau kerisik. Kelapa yang rosak boleh dibuat minyak kelapa dara. Sabut boleh dibuat fiber atau medium untuk tanaman.
Pendek kata semua boleh dijual.
Cadangan berdasarkan pengalaman Uncle Dak dalam tanaman kelapa, tiga jenis kelapa terbaik dari segi hasil, kebolehpasaran dan mudah nak uruskan kerana pokok rendah adalah Tacunan, Matag dan SGG.
Malah sekarang pun sudah ada syarikat perladangan mula pivot dari tanaman getah kepada tanaman kelapa seluas beribu-ribu hektar sebagai permulaan.
Terpaksa beralih arah kerana harga getah mencatatkan akaun merah sudah lebih lima tahun. Tak ekonomik lagi untuk diteruskan.
Cuma kena pastikan benih yang original. Kena bawa pakar pergi sahkan bahawa benih yang dibeli adalah yang asli.
Nanti tak pasal-pasal sudah hampir 5 tahun tanam tak berbuah lagi. Orang lain 3-4 tahun dah mula kutip hasil.
Sudah ramai yang Uncle Dak jumpa macam ini. Membazir wang satu hal. Membazir masa itu lagi menyedihkan. Lima tahun buang masa begitu sahaja.