Pusat Integriti & Ombudsman UKM

Call Directions Website

Pusat Integriti & Ombudsman UKM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Integriti & Ombudsman UKM, College & University, Universiti Kebangsaan, UKM Bangi.

Pusat Integriti & Ombudsman UKM
Aras 5, Bangunan Canselori
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor

+603 8921 3182/ 3139/ 5008/ 5009

www.ukm.my/integriti

Kepada Warga UKM, tempoh akhir penyertaan bagi Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga yang bertemakan "Integriti ...
19/10/2026

Kepada Warga UKM, tempoh akhir penyertaan bagi Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga yang bertemakan "Integriti & Nilai Murni" telah dilanjutkan sehingga 24 Oktober 2026.

Maklumat penyertaan adalah seperti berikut: Tempoh Penyertaan: 8 – 24 Oktober 2026

Hadiah kepada pemenang: 20 Pemenang Terbaik Memenangi Hadiah Touch&Go Bernilai RM50.00/Setiap Pemenang

Imbas kod QR pada poster terkini/klik pautan dibawah untuk maklumat dan cara penyertaan. (Google Form: https://forms.gle/V7UYbKpyShg7EBdt6 )

Ayuh, Warga UKM.
Ilham Anda, Inspirasi Bersama.
Cipta poster yang menarik, sampaikan mesej yang berinspirasi, dan semarakkan budaya integriti dalam kalangan warga UKM.

Kepada Warga UKM, tempoh akhir penyertaan bagi Pertandingan (Video) Deklamasi Sajak Integriti yang bertemakan "Integriti...
19/10/2026

Kepada Warga UKM, tempoh akhir penyertaan bagi Pertandingan (Video) Deklamasi Sajak Integriti yang bertemakan "Integriti Kita, Nilai Kita" telah dilanjutkan sehingga 24 Oktober 2026.

Maklumat penyertaan adalah seperti berikut:

Tempoh Penyertaan: 8 – 24 Oktober 2026

Hadiah kepada pemenang:
Tempat Pertama: RM300.00
Tempat Kedua: RM200.00
Tempat Ketiga: RM100.00

Imbas kod QR pada poster terkini/klik pautan dibawah untuk maklumat dan cara penyertaan. (Google Form: https://forms.gle/q2cA2UtW6R93ws4SA )

Ayuh, Warga UKM.
Setiap bait membawa makna, setiap suara membawa perubahan.
Rakam, deklamasikan dan hantarkan penyertaan anda sebelum 24 Oktober 2026.

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai P...
08/10/2026

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai Pertandingan (Video) Deklamasi Sajak Integriti yang bertemakan "Integriti Kita, Nilai Kita". Pertandingan ini dianjurkan sempena dengan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM 2026 yang akan diadakan pada 05 November 2026 (Khamis).

Tempoh Penyertaan: 08 – 18 Oktober 2026

Hadiah kepada pemenang:
Tempat Pertama: RM300.00
Tempat Kedua: RM200.00
Tempat Ketiga: RM100.00

Imbas kod QR pada poster atau tekan pautan di bawah untuk maklumat dan cara penyertaan. Jom hayati tema β€œIntegriti Kita, Nilai Kita”

URL : https://forms.gle/q2cA2UtW6R93ws4SA

Daripada:
Pusat Integriti dan Ombudsman, UKM

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai P...
08/10/2026

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai Pertandingan Poster Inspirasi Integriti@Warga yang bertemakan "Integriti & Nilai Murni". Pertandingan ini dianjurkan sempena dengan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM 2026 yang akan diadakan pada 05 November 2026 (Khamis).

Tempoh Penyertaan: 08 –18 Oktober 2026

Hadiah: RM50.00 (Touch&Go)/Setiap Pemenang kepada 20 Pemenang Terbaik

Imbas kod QR pada poster atau tekan pauan dibawah untuk maklumat dan cara penyertaan.

URL : https://forms.gle/V7UYbKpyShg7EBdt6

Daeipada:
Pusat Integriti dan Ombudsman, UKM

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai P...
08/10/2026

Pusat Integriti & Ombudsman dengan ini menjemput semua kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk menyertai Pertandingan Kuiz Integriti sempena dengan Hari Integriti Nasional Peringkat UKM 2026 yang akan diadakan pada 05 November 2026 (Khamis).

Tempoh Penyertaan: Kuiz Integriti: 08 –11 Oktober 2026

Hadiah: RM10.00 (Touch&Go)/Setiap Pemenang kepada 30 Pemenang yang terpantas dengan jawapan yang tepat.

Imbas kod QR pada poster untuk atau tekan pautan dibawah untuk maklumat dan cara penyertaan.

Pautan URL : https://forms.gle/HwMHJ6qRCpdtvaJW7

Daripada:
Pusat Integriti dan Ombudsman, UKM

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸ/πŸπŸŽπŸπŸ”"Kesalahan orang jelas terlihat, tetapi mampukah kita melihat kesalahan sendiri?"  Ikhla...
28/09/2026

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸ/πŸπŸŽπŸπŸ”

"Kesalahan orang jelas terlihat, tetapi mampukah kita melihat kesalahan sendiri?"




Ikhlas daripada,
Pusat Integriti & Ombudsman

24/09/2026

SAMBUTAN BULAN INTEGRITI NASIONAL 2026
β€œINTEGRITI KITA, NILAI KITA”

Integriti bukan sekadar nilai yang kita ketahui, tetapi prinsip yang perlu diterjemahkan melalui setiap keputusan, tindakan dan pilihan yang kita lakukan setiap hari.

Tema β€œIntegriti Kita, Nilai Kita” membawa mesej bahawa integriti bermula daripada diri kita sendiri. Nilai seperti amanah, kejujuran, tanggungjawab, keadilan, ketelusan dan keberanian menjadi asas dalam membentuk peribadi, organisasi serta masyarakat yang berintegriti.

Perkataan β€œKita” mengingatkan bahawa usaha membudayakan integriti bukan tanggungjawab satu pihak semata-mata. Ia merupakan tanggungjawab bersama β€” daripada individu dan keluarga, kepada organisasi, komuniti serta seluruh lapisan masyarakat.

Sempena Bulan Integriti Nasional 2026, marilah kita bergerak daripada sekadar mengetahui nilai, kepada menghayati nilai, seterusnya menterjemahkan nilai kepada tindakan.

Kerana setiap pilihan yang kita buat mencerminkan siapa kita dan nilai yang kita pegang.

Integriti bermula dengan kita.
Nilai yang kita pegang membentuk tindakan kita, tindakan kita membina kepercayaan, dan kepercayaan kita membentuk masa depan negara.



πŒππ†πˆπ€ π”πŠπŒ π’πˆπ‘πˆ 𝐈𝐈 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π†πŽπ•π„π‘ππ€ππ’, πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‹π€ππ†π€π πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 & ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹ππ€ππ†πˆ, πŸπŸ’...
24/09/2026

πŒππ†πˆπ€ π”πŠπŒ π’πˆπ‘πˆ 𝐈𝐈 ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ π†πŽπ•π„π‘ππ€ππ’, πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ 𝐃𝐀𝐍 π€ππ“πˆπ‘π€π’π”π€π‡ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€π‹π€ππ†π€π πŠπ”πŒππ”π‹π€π 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 & ππ‘πŽπ…π„π’πˆπŽππ€π‹

ππ€ππ†πˆ, πŸπŸ’ π’πžπ©π­πžπ¦π›πžπ« πŸπŸŽπŸπŸ” – Pusat Integriti & Ombudsman (PIO) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Bakat UKM, Jabatan Pendaftar dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menganjurkan Program Modul Pengukuhan Governans, Integriti dan Antirasuah (MPGIA) UKM (Siri II: Kumpulan Pengurusan & Profesional) pada 22 hingga 23 September 2026 di Bilik Aktiv 1, Aras 1, Bangunan Akademik, Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina (FKAB), UKM Bangi. Inisiatif ini diadakan khas untuk Kumpulan Pengurusan & Profesional UKM bagi meningkatkan kefahaman mengenai tadbir urus, etika, integriti dan pencegahan rasuah dalam pelaksanaan tugas.

Aktiviti program merangkumi sesi perkongsian dan perbincangan berkaitan prinsip governans yang baik, penghayatan nilai integriti serta risiko dan implikasi rasuah dalam organisasi. Pengisian turut memberi ruang untuk membincangkan situasi dan cabaran di tempat kerja, sekali gus meningkatkan keupayaan membuat pertimbangan yang tepat, beretika dan selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan MPGIA UKM Siri II mencerminkan komitmen berterusan Universiti dalam memperkasa warga universiti yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab. Pengetahuan yang diperoleh diharapkan dapat diterapkan dalam tugasan harian serta menyokong usaha UKM mewujudkan persekitaran kerja yang telus, beretika dan bebas daripada salah laku.

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸ/πŸπŸŽπŸπŸ”"Setiap arahan bukan sekadar untuk dilaksanakan, tetapi perlu dipastikan selaras dengan ...
21/09/2026

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸ/πŸπŸŽπŸπŸ”

"Setiap arahan bukan sekadar untuk dilaksanakan, tetapi perlu dipastikan selaras dengan integriti, amanah dan peraturan yang berkuatkuasa."




Ikhlas daripada,
Pusat Integriti & Ombudsman
Universiti Kebangsaan Malaysia

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸŽ/πŸπŸŽπŸπŸ”"Integriti dijunjung, amanah dipikul, nama UKM terus dijulang."  Ikhlas daripada, Pusat ...
14/09/2026

πˆππ’ππˆπ‘π€π’πˆ πˆππ“π„π†π‘πˆπ“πˆ π’πˆπ‘πˆ πŸ‘πŸŽ/πŸπŸŽπŸπŸ”

"Integriti dijunjung, amanah dipikul, nama UKM terus dijulang."




Ikhlas daripada,
Pusat Integriti & Ombudsman
Universiti Kebangsaan Malaysia

Address

Universiti Kebangsaan
Ukm Bangi
43600

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60389213182

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Integriti & Ombudsman UKM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share