19/05/2022
"Balik Kampung", dikatakan satu tradisi dan amalan orang Melayu menjelang musim perayaan seperti Hari Raya, selain daripada musim cuti yang panjang. 👀
Selepas dua tahun sempadan negara ditutup kerana pandemik Covid-19, akhirnya, perayaan tahun ini mula kembali menjadi meriah seperti dahulu. 😆
Ramai di kalangan keluarga MCC kita mengambil kesempatan ini untuk p**ang ke desa di luar negara, ataupun tidur di rumah flat HDB datuk nenek kita di dalam negara.
Tidak kiralah apakah versi "Balik Kampung" anda, yang penting, kita dapat merapatkan kembali silaturahim antara keluarga, saudara dan kawan-kawan selepas dua tahun beraya dalam talian ❤️
Terima kasih kepada semua yang turut hadir dalam sesi "Balik Kampung bersama MCC" semalam!
Slide untuk kenang balik memori-memori semalam ⏭⏭
Akhir kata, izinkan admin untuk sampaikan pantun penutup admin iyaa!
Balik kampung singgah pekan,
terserempak p**a acara sukan.
Keluarga jauh kita dekatkan,
yang dekat kita rapatkan.
Selepas mengambil satu hari,
akhirnya tiba di sempadan.
Admin ingin mengundurkan diri,
jumpa lagi di lain kesempatan.