Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor

  • Home
  • Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor
Directions

Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor, .

20/10/2026

Hawa perlu didinginkan, bahasa perlu dibetulkan!


20/10/2026

DAH CUT SUGAR, TIBA-TIBA RASA MANIS MACAM HILANG. NORMAL KE?

Ada yang bertanya, sejak berhenti mengambil gula, rasa manis macam dah tak ada. Adakah ini normal?

Sebenarnya, kita perlu bezakan dua keadaan.

1. Dah tak s**a makanan atau minuman terlalu manis
Ini boleh berlaku. Apabila kita membiasakan diri dengan minuman kurang gula, tahap kemanisan yang kita selesa minum mungkin berubah.

Contohnya, dulu teh tarik biasa rasa sedap. Sekarang mungkin rasa terlalu manis.
Namun, perubahan ini tidak berlaku kepada semua orang. Kajian terkini juga menunjukkan mengurangkan makanan manis tidak semestinya mengubah sensitiviti atau kecenderungan terhadap rasa manis.

2. Langsung tak dapat rasa manis walaupun makan gula

Ini p**a BUKAN kesan normal yang patut kita anggap berlaku kerana cut sugar.

Keadaan ini boleh menandakan gangguan deria rasa (hypogeusia atau ageusia).

Antara puncanya ialah jangkitan virus, masalah deria bau, kesan ubat-ubatan atau masalah kesihatan mulut.


Jika rasa manis benar-benar hilang, terutama secara tiba-tiba atau berterusan, dapatkan pemeriksaan doktor.

Kesimp**annya, kurang menggemari makanan manis tidak sama dengan kehilangan keupayaan merasa manis.

Cut sugar sepatutnya membantu kita mengurangkan pengambilan gula tambahan, bukannya menyebabkan lidah kehilangan fungsi deria rasa.

Public Health Malaysia

20/10/2026

20 OKTOBER 2026 ( SELASA )

20 OKTOBER 2026 ( SELASA )Festival Bahasa Jiwa Bangsa akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, pukul 8.00 pagi HINGGA 10.0...
20/10/2026

20 OKTOBER 2026 ( SELASA )

Festival Bahasa Jiwa Bangsa akan berlangsung pada 24 Oktober 2026, pukul 8.00 pagi HINGGA 10.00 malam di Padang Kota Lama, George Town, Pulau Pinang.

Sumber : Dewan Bahasa dan Pustaka







20/10/2026

💬 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗧𝗔𝗟𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗗𝗔𝗕! 📱

Bila menaip, laju sahaja. Sampai terlupa adab dan sopan santun. 😅

Di media sosial, kita bebas memberikan pandangan, menegur dan mengkritik. Namun, kebebasan bersuara bukanlah alasan untuk menghina atau mengeluarkan kata-kata kesat.

Sebelum meninggalkan komen, ingat tiga perkara:

✅ 𝗞𝗿𝗶𝘁𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮. Berbeza pendapat tidak bermakna kita perlu bermusuhan.

✅ 𝗧𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗵𝗲𝗺𝗮𝗵. Pilih perkataan yang membina, bukan menjatuhkan maruah.

✅ 𝗙𝗶𝗸𝗶𝗿 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗶𝗽. Kata-kata yang ditaip dalam beberapa saat boleh meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Jari mungkin lebih pantas daripada fikiran, tetapi jangan sampai adab ketinggalan.

Ingat, tidak bersetuju itu hak kita. Menjaga adab p**a tanggungjawab kita.

Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia












20/10/2026

📺 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐏𝐀𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 𝐁𝐈𝐉𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐓

🎙️ Ada gaya penyampai berita? Ada suara yang yakin? Berani tampil di hadapan kamera?

Inilah peluang anda untuk menyerlah!

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menjemput murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5 untuk menyertai Pertandingan Penyampai Berita Bijak Maklumat sempena Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026.

Dan jangan risau kalau terfikir, “Nak baca berita apa?”

📄 Kami sediakan skrip, ANDA baca sahaja!

Tak perlu pening fikir kandungan berita. Datang, baca skrip yang disediakan dan tunjukkan kebolehan anda melalui sebutan yang jelas, intonasi yang menarik, penyampaian yang lancar dan penuh keyakinan.

🔥 Jangan sekadar tengok berita — kali ini, ANDA p**a yang sampaikan berita!
🏆 Tampilkan keyakinan, serlahkan bakat dan rebut hadiah menarik!

📅 24 Oktober 2026 (Sabtu)
🕙 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Pawagam Mini, Aras 4, Anjung Bestari, Perpustakaan Negara Malaysia
✅ Penyertaan adalah PERCUMA
🎓 Terbuka kepada murid Tingkatan 3 hingga Tingkatan 5
📄 Skrip berita disediakan

🔗 Daftar sekarang dan semak syarat penyertaan:
https://forms.gle/QwX9otVgJvAAhu8o7

Pertandingan ini merupakan antara pengisian Minggu Literasi Media dan Maklumat 2026 yang berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2026 di Perpustakaan Negara Malaysia.

🔗 Lihat keseluruhan program dan aktiviti MLMM 2026:
https://drive.google.com/drive/folders/1zqOl56Ujx4Uw--Ozkw8wyh3LgAZ4JLkt?usp=sharing

Selaras dengan tema “Kita Semua Ada Peranan – Literasi Media dan Maklumat untuk Rakyat”, MLMM 2026 menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti yang memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar, meneroka, mencipta dan membina kemahiran dalam persekitaran maklumat yang semakin berkembang.

✨ Skrip kami sediakan. Suara dan gaya daripada anda. Pentas menanti!

20 OKTOBER 2026 ( SELASA )Kadang-kadang kita anggap stres itu perkara biasa. Sebab semua orang sibuk.Semua orang penat. ...
20/10/2026

20 OKTOBER 2026 ( SELASA )

Kadang-kadang kita anggap stres itu perkara biasa. Sebab semua orang sibuk.
Semua orang penat. Semua orang “tahan”.

Yang buat ia berbahaya bukan stres itu sendiri,
tetapi stres yang dibiarkan terlalu lama tanpa kawalan.

Bila stres dan anxiety jadi kronik,
ia bukan duduk di fikiran saja. Ia mula keluar melalui badan.

Antara kesan yang terbukti berlaku:
✔️Masalah kulit jerawat, ekzema, rambut gugur.
✔️Insomnia, s**ar tidur, kerap terjaga dan bangun pagi masih rasa letih.
✔️ Kekejangan & ketegangan otot, leher, bahu, belakang mudah sakit kerana badan sentiasa dalam mode berjaga.
✔️Sistem imun melemah, badan lebih mudah jatuh sakit dan ambil masa lebih lama untuk pulih.
✔️Sukar fokus & mudah lupa. Stres ganggu fungsi otak menjadikan kita kurang produktif.
✔️ Rasa ketat di dada & sesak nafas. Selalunya berkait dengan anxiety tetapi sering disalah anggap sebagai penat biasa.

Ini tanda-tanda badan sedang minta perhatian.
Nak mula jaga diri, tak perlu perubahan besar.

Cukup dengan langkah kecil yang konsisten:
1️⃣ Bangun sedikit awal, beri ruang untuk tenangkan fikiran
2️⃣ Jangan rasa bersalah untuk berehat. Rehat itu keperluan
3️⃣ Amalkan pernafasan dalam bila rasa sesak atau gelisah
4️⃣ Bergerak ringan, brisk walk atau luang masa dengan keluarga
5️⃣ Amalkan pemakanan bernutrisi tinggi
— kurangkan makanan ultra-proses
— cukupkan protein, sayur, buah & lemak baik
6️⃣ Jangan pendam seorang diri. Berbual atau dapatkan bantuan bila perlu

Stres mungkin tak boleh dielakkan. Tetapi ia tak sepatutnya mengawal hidup kita. Mulakan dengan satu langkah kecil hari ini.

Badan anda akan rasa bezanya.

Sumber : Oh Ya





20/10/2026

KEPELBAGAIAN KEKUATAN KITA, NEGARA BANGSA ASPIRASI KITA 🇲🇾

Perpaduan dalam kepelbagaian merupakan kekuatan utama yang menyatukan rakyat Malaysia. Dengan semangat saling menghormati, memahami dan menerima perbezaan, kita bersama-sama membina sebuah negara bangsa yang harmoni, inklusif dan sejahtera. 🤝

📻 Ayuh ikuti perkongsian bersama YBrs. Encik Musa bin Kamis, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, menerusi siaran Perlis FM.

📅 Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 11.15 pagi
📻 Saluran: Perlis FM

Marilah kita terus memperkukuh semangat perpaduan dan menyemarakkan aspirasi membina negara bangsa yang bersatu padu demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang. 🇲🇾

Bersama Membina Negara Bangsa.

Aaron Ago Dagang
Yuneswaran Ramaraj
Haslina Abdul Hamid
Sobri Daud
PERLISfm




PERKONGSIAN INFO | GRILL RUMAH. MELINDUNGI KELUARGA ATAU MENJADI PERANGKAP MAUT? 20 September 2026, Taman Desa Tambun, I...
19/10/2026

PERKONGSIAN INFO | GRILL RUMAH. MELINDUNGI KELUARGA ATAU MENJADI PERANGKAP MAUT?

20 September 2026, Taman Desa Tambun, Ipoh.

Tiga sekeluarga maut dalam kebakaran rumah dua tingkat.

Menurut ahli keluarga, seorang anak sempat mencapai tangan ibunya dari luar balkoni. Namun, jeriji besi menghalangnya menarik ibu keluar untuk diselamatkan.
Inilah risiko grill rumah yang sering kita terlepas pandang.
Kita memasang grill tebal, berkunci dan dikimpal mati supaya pencuri tidak boleh masuk.
Tetapi ketika kebakaran, bagaimana penghuni mahu keluar?
Asap semakin tebal. Keadaan semakin panas. Dalam keadaan panik, mencari kunci mangga pun boleh mengambil masa yang sangat berharga.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menyarankan penggunaan jeriji jenis mudah buka (quick-release) yang boleh dibuka dari dalam tanpa memerlukan kunci.
Periksa grill rumah anda hari ini.
Pastikan mekanismenya berfungsi, semua penghuni tahu cara membukanya dan terdapat laluan keluar kecemasan yang selamat.
Kita menghabiskan ribuan ringgit untuk memastikan orang luar tidak dapat masuk.
Jangan sampai kita terlupa memastikan orang tersayang boleh keluar.

PERKONGSIAN INFO | ISNIN | 19 OKTOBER 2026 PERARAKAN CITRAWARNA MALAYSIA PERTAMA Pada hari ini dalam tahun 1999, Perarak...
19/10/2026

PERKONGSIAN INFO | ISNIN | 19 OKTOBER 2026

PERARAKAN CITRAWARNA MALAYSIA PERTAMA

Pada hari ini dalam tahun 1999, Perarakan Citrawarna Malaysia yang pertama diadakan di perkarangan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur. Upacara penuh warna-warni itu dirasmikan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menganjurkan perarakan ini dengan tema Perpaduan Dalam Kepelbagaian.

Sebanyak 28 kontinjen dan 4,000 peserta seluruh negara mengambil bahagian dalam perarakan ini. Perarakan tersebut menampilkan peserta yang memperagakan pakaian tradisional, tarian kebudayaan, muzik, kenderaan berhias dan persembahan yang mencerminkan identiti dan keunikan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Sempena upacara tersebut, lagu tema Bulan Citrawarna Malaysia yang bertajuk Malaysia Truly Asia, ciptaan YBhg. Datuk Ahmad Nawab turut diperkenalkan. Perarakan ini disaksikan lebih 50,000 penonton secara fizikal dan turut disiarkan secara langsung oleh beberapa stesen televisyen.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari Portal HIDS menerusi https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Apple App Store. HIDS juga bersiaran di:

1) RTM TV pada pukul 6.59 pagi, 12.59 tengah hari, 4.59 petang dan 7.59 malam.
2) 31 stesen radio milik RTM.





Address


Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Taman Bayu Damai, Pengerang Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your university to be the top-listed university?

Share