28/09/2026
Konsul Jeneral Malaysia di Songkla nasihat rakyat Malaysia Mmengikuti amaran cuaca daripada pihak Thailand
Tuwaedaniya Meringing
Narathiwat, 27 Sep (Aman News Agency ) Konsul Jeneral Malaysia di Songkla Ahmad Fahmi bin Ahmad Sarkawi berkata apabila masuk penghujung bulan September hingga Disember ia adalah musim terkujuh di kawasan Selatan Thailand, Utara dan Pantai Timur di Malaysia oleh kerana nasihat saya kepada rakyat Malaysia yang inging datang berkunjung ke Selatan Thailand samada ke Narathiwat, Yala Pattani atau pun ke Hatyai Songkla supaya mengambil Langkah langkah persiapan supaya datang ke sini supaya mengelak perkara yang tidak diingin.
“persiapan tersebut termasuklah memastikan insuran-insuran yang diambil itu merankumi isuran perlindungan daraipada mala petaka banjir yang itu penting , kedua sebelum datang saya minta rakyat Malaysia untuk mengikuti laporan cuaca mengenai Selatan Thailand kerana sekarang Bangkok sedang mengalami banjir kilat dan terdapat beberapa kawsaan di Bangkok dilanda banjir kilat. Kita ambil iktibar daraipada ini untuk nasihat kan rakyat Malaysia supaya lebih perihatin terhadap laporan-laporan cuaca yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand dari semasa ke semasa” kata Ahmad Fahmi.
Tambah beliau sebelum datang ke Selatan Thailand minta kerjasama rakyat Malaysia boleh tanya samada kepada pihak pejabat konsulat Malaysia di Songkla atau pihak kedutaan besar Malaysia di Bangkok mengenai keadaan cuaca. Supaya memberi tindakan digalakan atau tidak datanglah pada waktu-waktu tersebut.
“ bagi rakyat Malaysia yang ingin berkunjung ke Selatan Thailand saya menggalakan amat-amat menggalakan supaya mereka dapat mendaftar di website Ekonseler yang memberi tahu keberadaan mereka semasa berada di mana kat Selatan Thailand. Jadin ini akan memudahkan pihak berkusa untuk memberi bantuan jika berlaku apa-apa pada kawasan tersebut” Kata Konsul Jeneral Malaysia .
Pada November tahun lepas lebih 7000 orang rakyat Malaysia terkandas di Selatan Thailand termasuk di Hatyai pada banjir terbesar di selatan Thailand .