Research Management Centre UPM

Research Management Centre UPM Research Management Centre (RMC) was officially established in May 2000 to mobilize research manageme

🌟 BULAN SINERGI PUTRA 2026 🌟Universiti Putra Malaysia (UPM) menjemput seluruh warga universiti, alumni, rakan industri, ...
03/06/2026

🌟 BULAN SINERGI PUTRA 2026 🌟

Universiti Putra Malaysia (UPM) menjemput seluruh warga universiti, alumni, rakan industri, agensi kerajaan dan masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Bulan Sinergi Putra 2026 yang berlangsung sepanjang 1 hingga 30 Jun 2026 di UPM Serdang dan UPM Bintulu Sarawak.

Dengan tema:

"Daripada Kampus kepada Impak Nasional dan Global: Sinergi Menjana Masa Hadapan Mampan"

Program ini mengetengahkan peranan UPM dalam memperkasa penyelidikan, inovasi, pertanian, kelestarian dan pembangunan masyarakat ke arah masa depan yang lebih mampan.

📅 1 – 30 Jun 2026

Daulat Tuanku.Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Dul...
01/06/2026

Daulat Tuanku.

Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah SWT.

🇲🇾 Daulat Tuanku 🇲🇾

SALAM AIDILADHA YANG PENUH KEBERKATAN✨Pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.S...
26/05/2026

SALAM AIDILADHA YANG PENUH KEBERKATAN✨

Pihak kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.

Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan dalam perayaan ini memberi inspirasi kepada kita semua untuk terus menyumbang kebaikan kepada masyarakat dan mengekalkan integriti dalam setiap urusan.

Selamat bercuti dan semoga hari raya ini membawa kedamaian serta kebahagiaan buat anda dan keluarga. 💼✨

✨ Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H / 2026M ✨Hari yang penuh rahmat, keampunan, dan makbulnya doa. Mari kita sama-sama...
26/05/2026

✨ Selamat Menyambut Hari Arafah 1447H / 2026M ✨
Hari yang penuh rahmat, keampunan, dan makbulnya doa. Mari kita sama-sama merebut fadhilat puasa sunat Arafah esok hari (26 Mei 2026). 🕋🤲
Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan menerima segala amal ibadah kita.
Salam ikhlas daripada Warga Pusat Pengurusan Penyelidikan, UPM. 🤝🤍

SERDANG, 22 Mei – Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 bagi Pejabat Timbalan Naib Canselor (...
22/05/2026

SERDANG, 22 Mei – Sesi Audit Dalaman Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) ISO 9001:2015 bagi Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM yang berlangsung selama 2 hari telah melabuhkan tirainya secara rasmi hari ini.

Mesyuarat penutupan dipimpin oleh Ketua Juruaudit, Puan Arba'ah Md Salleh (Pengarah Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM), yang membentangkan ulasan serta syor Peluang Penambahbaikan (OFI) demi mengekalkan standard kualiti optimum.

Pengurusan tertinggi Pejabat TNCPI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan juruaudit atas bimbingan membina, serta memuji komitmen dan kerjasama luar biasa semua warga kerja sepanjang audit berlangsung.

🥳Sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026! 🏆❤️Komitmen dan...
21/05/2026

🥳Sekalung tahniah kepada penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026! 🏆❤️

Komitmen dan dedikasi luar biasa yang ditunjukkan oleh barisan akademia dan penyelidik UPM ini sememangnya menjadi kebanggaan kita semua. Terus terbang tinggi memacu inovasi dan ilmu! 🚀

🎓✨Hari ini bukan sekadar pertemuan semula, tetapi meraikan kenangan, perjuangan dan ikatan yang kekal terjalin.Selamat M...
21/05/2026

🎓✨
Hari ini bukan sekadar pertemuan semula, tetapi meraikan kenangan, perjuangan dan ikatan yang kekal terjalin.
Selamat Menyambut Hari Alumni UPM! ❤️💛

Selamat Hari Alumni UPM buat seluruh graduan Universiti Putra Malaysia.

​Sesungguhnya, kejayaan dan sumbangan para alumni dalam pelbagai bidang di peringkat dalam dan luar negara adalah bukti nyata keutuhan slogan 'Berilmu Berbakti'. Teruskan membawa nama baik universiti dan menyumbang kembali kepada masyarakat serta negara.

15 Mei 2026, RMC Turun Padang Santuni Penyelidik malalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026RMC terus mempergiat...
21/05/2026

15 Mei 2026, RMC Turun Padang Santuni Penyelidik malalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026

RMC terus mempergiat usaha libat urus melalui Program Hari Bertemu Penyelidik Siri 1/2026 dengan berinteraksi secara langsung bersama penyelidik bagi memperkukuh komunikasi, menangani isu berkaitan penyelidikan serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan.

Program yang diadakan dengan kerjasama Pejabat Timbalan Dekan (Penyelidikan, Inovasi dan Siswazah), Fakulti Rekabentuk dan Senibina (FRSB) ini menyediakan platform konstruktif untuk perbincangan terbuka melibatkan pengurusan penyelidikan, geran, pemantauan projek serta urusan pentadbiran.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan RMC dalam memupuk ekosistem penyelidikan yang responsif, inklusif dan berimpak tinggi di UPM.

"Tahniah diucapkan kepada RMC atas penganugerahan di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 hari ini:1. En. Mohd Akeram Mohd Y...
19/05/2026

"Tahniah diucapkan kepada RMC atas penganugerahan di Majlis Gemilang Putra (MGP) 2026 hari ini:

1. En. Mohd Akeram Mohd Yapandi (Anugerah Jasa Putra)

2. Pn. Yusnita Tugiran (Anugerah Setia Putra)

3. Pn. Noor Adzilah Mohd Fua’ad (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang)

Satu pengiktirafan yang sangat layak atas dedikasi dan khidmat bakti cemerlang buat universiti. Syabas dan tahniah! 👏✨"

Address

Pusat Pengurusan Penyelidikan(RMC)
Putrajaya
43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691610

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Research Management Centre UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Research Management Centre UPM:

Share