10/04/2026
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐔𝐢𝐓𝐌
9 April 2026 – Majlis Persaraan Ketua Polis Bantuan UiTM YDH. SUPT/PB Zakaria bin Ishak, Ketua Polis Bantuan UiTM. Majlis ini telah berlangsung di Dataran Kolej Mawar dan Dewan Mawar Qaseh, Kolej kediaman Mawar, UiTM Shah Alam.
Majlis dimulakan dengan ketibaan YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, P.S.K, MMIHRM, Pendaftar UiTM dan seterusnya menerima tabik hormat daripada Pegawai Pemerintah Baris.
Seterusnya ketibaan yang diraikan, YDH. SUPT.PB Zakaria bin Ishak, Ketua Polis Bantuan UiTM disambut oleh YDH. DSP/PB Mohd Zaidi bin Razali, Timbalan Ketua Polis Bantuan UiTM dan menerima tabik hormat dan membuat pemerikasaan baris kawalan kehormatan yang dipimpin oleh Pegawai Pemerintah Baris ASP/PB Mohd Saiful bin Kamaruzaman.
Majlis diteruskan di Dewan Mawar Qaseh, didahului dengan ucapan oleh YBrs. Tuan Haji Muhamad Nizam bin Noordin, P.S.K, MMIHRM, Pendaftar UiTM.
YDH. SUPT.PB Zakaria bin Ishak, Ketua Polis Bantuan UiTM turut menyampaikan ucapan balas dan amanat akhir kepada Pegawai dan Anggota yang hadir.
Turut hadir sama YDH. INSP.Nuraida Shafiza binti Abdul Jalil, Inspektor Kor SUKSIS UiTM, Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, serta Ketua Pejabat, Ketua Unit, Pegawai Kanan dan Anggota Polis Bantuan UiTM.