Pejabat Pendaftar UPM

  • Home
  • Pejabat Pendaftar UPM

Pejabat Pendaftar UPM Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia

05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Pn. Arba'ah Md Salleh atas lantikan sebagai Pengarah, Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UPM dan Pn. Besek Intan Zafina Basok atas lantikan sebagai Pengarah, Pusat Pengayaan dan Kemakmuran, UPM.

05/05/2026

HEBAHAN PENGISIAN JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI) DI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

a) Iklan Pengisian Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) https://pendaftar.upm.edu.my/kandungan/pengisian_jawatan_timbalan_naib_canselor_penyelidikan_dan_inovasi-93199
b) Kriteria Jawatanhttps://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/202605041631002026_-_Kriteria_TNCPI.pdf
c) Borang Permohonan Jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20260504163209Borang_Permohonan_TNCPI.docx

05/05/2026

Tahniah diucapkan kepada Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman atas pelantikan sebagai Pengerusi Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) berkuat kuasa mulai 1 Mei 2026 sehingga 30 April 2028.

30/04/2026
30/04/2026

Selamat Menyambut Hari Pekerja!

29/04/2026

Betulkah Generasi Z sukar serasi di tempat kerja, atau kita yang perlu memahami dinamika perubahan zaman? Jom dengarkan kupasan mendalam tentang budaya kerja merentas generasi daripada perspektif psikologi organisasi.

Saksikan perkongsian daripada Pn. Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan Universiti Putra Malaysia (UPM) dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI).

đź“… Tarikh: Jumaat, 1 Mei 2026
đź•™ Masa: 10:00 Pagi
📡 Saluran: TV3 & Strim di Tonton 📲

UPM Perkasa Budaya Lean Melalui Tanda Aras Strategik Bersama Politeknik Ungku OmarIPOH, 24 April 2026 – Universiti Putra...
29/04/2026

UPM Perkasa Budaya Lean Melalui Tanda Aras Strategik Bersama Politeknik Ungku Omar

IPOH, 24 April 2026 – Universiti Putra Malaysia (UPM) terus memperkukuh agenda transformasi organisasi melalui pendekatan Lean Management menerusi sesi perkongsian strategik bersama Politeknik Ungku Omar (PUO), yang dilihat sebagai pemangkin kepada peningkatan kecekapan penyampaian perkhidmatan awam.

Delegasi UPM diketuai oleh Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Puan Suhana Md. Chairi, bersama Fasilitator Lean UPM, Dr. Sarina Abdul Halim Lim serta Enam (6) pegawai lain dalam usaha menimba amalan terbaik pelaksanaan Lean di PUO yang telah menunjukkan impak positif terhadap operasi institusi tersebut.

Sesi dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Pengarah Akademik PUO, Encik Norman Zamri yang menegaskan bahawa pendekatan Lean bukan sahaja mampu mengoptimumkan sumber, malah meningkatkan nilai kepada pelanggan melalui proses kerja yang lebih sistematik dan efisien.

Perkongsian oleh Penyelaras Lean PUO, Ts. Puan Nor Azila Podzi telah memberi tumpuan kepada pelaksanaan sebenar Lean di peringkat operasi termasuk strategi pengurangan pembaziran (waste), penambahbaikan proses kerja, serta pembudayaan pemikiran Lean dalam kalangan warga organisasi.

Menariknya, sesi ini berlangsung secara sangat interaktif dengan penglibatan aktif peserta melalui perbincangan dua hala, perkongsian pengalaman serta analisis kes sebenar, sekali gus membuka ruang kepada pemahaman yang lebih mendalam dan praktikal.
Program ini dijangka memberi impak signifikan kepada usaha UPM dalam memperkasa kecekapan dalaman, meningkatkan produktiviti serta memperkukuh budaya kerja berprestasi tinggi selaras dengan aspirasi transformasi sektor pendidikan tinggi negara.

Lawatan Penanda Aras UKM ke UPM  Perkukuh Tadbir Urus Pembangunan BakatSERDANG, 22 April – Bahagian Pembangunan Bakat (B...
29/04/2026

Lawatan Penanda Aras UKM ke UPM Perkukuh Tadbir Urus Pembangunan Bakat

SERDANG, 22 April – Bahagian Pembangunan Bakat (BAKAT-UKM) di bawah Pejabat Pendaftar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani (HTABTAR) telah mengadakan lawatan rasmi serta sesi libat urus ke Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (HRD), Pejabat Pendaftar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lawatan tersebut bertujuan memperkukuh tadbir urus pembangunan bakat organisasi menerusi perkongsian amalan terbaik antara institusi pengajian tinggi awam. Delegasi seramai hampir 20 pegawai yang diketuai oleh Encik Saidi Ismail, Ketua Bahagian BAKAT UKM telah hadir bagi mendapatkan pendedahan berkaitan pelaksanaan sistem penilaian profil kepimpinan, pengurusan latihan, pengurusan cuti belajar serta pematuhan kontrak perkhidmatan yang dilaksanakan di UPM.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Ketua Bahagian Pembangunan Sumber Manusia UPM, Encik Hisyamuddin Hashim bersama Ketua-Ketua Seksyen HRD. Program diteruskan dengan sesi taklimat yang merangkumi struktur organisasi, fungsi utama bahagian serta pelaksanaan pelbagai inisiatif pembangunan bakat di UPM.

Selain itu, sesi pembentangan, perbincangan dua hala dan soal jawab turut diadakan dengan fokus kepada strategi pemantauan kontrak perkhidmatan, pengurusan latihan secara sistematik serta usaha memperkukuh budaya pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga universiti.

Lawatan ini membuka ruang pertukaran idea dan pengalaman, di samping memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi terlibat dalam meningkatkan keberkesanan serta kualiti pengurusan bakat ke arah tadbir urus yang lebih cekap, mampan dan berdaya saing.

Dari Mesyuarat ke Penulisan Minit: Perkasa Kemahiran, Tingkat ProfesionalismSeksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber...
28/04/2026

Dari Mesyuarat ke Penulisan Minit: Perkasa Kemahiran, Tingkat Profesionalism

Seksyen Latihan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar telah menganjurkan kursus bertajuk Pengurusan Mesyuarat dan Penulisan Minit Mesyuarat Berkesan di Dewan Seminar, Fakulti Kejuruteraan pada 27 April 2026. Penganjuran kursus ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran peserta dalam mengendalikan mesyuarat secara sistematik serta menghasilkan minit mesyuarat yang jelas, tepat dan profesional.

Program ini telah disertai oleh seramai 47 orang staf yang terdiri daripada pelbagai pusat tanggungjawab dan skim jawatan. Penyertaan yang menggalakkan ini mencerminkan kepentingan penguasaan kemahiran pengurusan mesyuarat dan penulisan minit yang efektif dalam memastikan kelancaran urusan pentadbiran organisasi di peringkat Pusat Tanggungjawab.

Kursus ini telah disampaikan oleh Puan Lailawati Bakar, Timbalan Pentadbir Kanan, Fakulti Kejuruteraan yang berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pentadbiran dan pengendalian mesyuarat. Sepanjang sesi berlangsung, peserta telah didedahkan dengan konsep asas pengurusan mesyuarat, peranan serta tanggungjawab ahli mesyuarat, teknik penyediaan agenda yang berkesan, serta kaedah penulisan minit mesyuarat yang sistematik dan tepat.

Selain itu, penekanan turut diberikan kepada teknik mencatat perbincangan secara tepat, menyusun maklumat secara teratur, serta penggunaan bahasa yang formal dan mudah difahami. Latihan praktikal yang disediakan telah memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh dalam situasi sebenar, sekali gus meningkatkan tahap kefahaman dan keyakinan mereka.

Penceramah turut berkongsi pelbagai tips serta amalan terbaik bagi memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, menepati masa dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sesi interaksi dua hala antara penceramah dan peserta telah menjadikan pengisian kursus lebih dinamik serta membuka ruang kepada perbincangan isu-isu sebenar yang dihadapi dalam konteks tugas harian. Semasa kursus juga, peserta dibawa melawat ke Suria 16, Floating Solar & Walkway yang terdapat di Fakulti Kejuruteraan dan ini merupakan pengalaman yang istimewa kepada peserta.

Secara keseluruhannya, kursus ini telah mencapai objektif penganjurannya dalam meningkatkan kecekapan dan profesionalisme peserta dalam aspek pengurusan mesyuarat dan penulisan minit. Diharapkan agar ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam pelaksanaan tugas harian serta menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan organisasi.

28/04/2026

Tahniah atas pelantikan sebagai Felo Akademi Sains Malaysia (ASM) 2026 dalam Bidang Sains Kejuruteraan:

👤 Dato’ Prof. Ir. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah FASc
(Pejabat Naib Canselor)

👤 Prof. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq Hameed Sultan FASc
(Fakulti Kejuruteraan)

Jom ikuti kupasan lanjut bersama Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan dari UPM dalam rancangan Wanita ...
22/04/2026

Jom ikuti kupasan lanjut bersama Puan Siti Fatimah Abdul Ghani, Pegawai Psikologi Kanan dari UPM dalam rancangan Wanita Hari Ini bagi membicarakan Tajuk "ORANG KETIGA DALAM RUMAH TANGGA” seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 23 April 2026 (Khamis)
Masa: 12.00 hingga 1.00 tengahari
Saluran: TV3

Address

Tingkat 3, Bangunan Pentadbiran UPM, Serdang Selangor

43400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60397691527

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pendaftar UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The University

Send a message to Pejabat Pendaftar UPM:

  • Want your university to be the top-listed University?

Share