14/05/2026
14 MEI 2026
HEBAHAN JEMPUTAN KE PROGRAM SEMBANG SANTAI JIWA SIHAT
Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Sembang Santai Jiwa Sihat anjuran Kelab Rakan Kesihatan dengan kerjasama Pusat Kesihatan dan Pusat Islam UTeM akan mengadakan program pada ketetapan yang berikut :
Nama Program : Sembang Santai Jiwa Sihat
Tarikh : Jumaat, 15 Mei 2026
Masa : 8:00 Pagi – 12:00 Tengah Hari
Tempat : Masjid Sayyidina Abu Bakar UTeM
Sehubungan dengan itu, seluruh pelajar dan staf UTeM dijemput hadir bagi menyertai aktiviti-aktivit yang diadakan dan bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental serta mengeratkan hubungan antara mahasiswa dan juga staf.
Aktiviti-aktiviti menarik :
1. *Ceramah Kesihatan Mental oleh : Dr Muhammad Khairi Bin Saliman, Pegawai Perubatan Pusat Kesihatan UTeM.*-10.30 Pagi - 11.30 Pagi (Mata CPD UTeM dan SMP Tuah Index akan diberikan)
2. *Pameran Kesihatan Interaktif*
3. *Pertandingan Explorace* (terbuka untuk pelajar UTeM)
4. *Pertandingan Mewarna kanak-kanak*(terbuka kepada kanak-kanak Tadika Awlad Imtiyaz UTeM)
*Syarat penyertaan Explorace*
✅ Setiap kumpulan wajib terdiri daripada 5 orang ahli
✅ Peserta individu dibenarkan mendaftar dan kumpulan akan ditetapkan oleh urus setia
🔥 Aktiviti-aktiviti ini TERBUKA kepada semua pelajar dan staf UTeM. Jangan lepaskan peluang untuk beriadah, berinteraksi dan menjaga kesejahteraan mental dalam suasana yang santai dan menyeronokkan 🌿✨
📝 Daftar penyertaan explorace sekarang melalui pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdsBiFxkS6EPNX8hMoyP5zuB4E-d-llkmCh_nbPNktelDVXmQ/viewform
📞 Sebarang pertanyaan sila hubungi:
Encik Waliyuddin Bin Wahab
Penolong Pegawai Perubatan
Pusat Kesihatan UTeM
017-9576007
Muhammad Shahrul Kamil
Exco Prosis & Kesihatan Minda
016-6001044
📱 Like & Follow Us:
Instagram: krk_utem
TikTok: krk_utem