Faculty of Mechanical Engineering UTeM

  • Home
  • Faculty of Mechanical Engineering UTeM

Faculty of Mechanical Engineering UTeM The official page for Faculty of Mechanical Technology and Engineering, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026Marilah kita bersama-sama meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuata...
31/05/2026

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2026

Marilah kita bersama-sama meraikan kepelbagaian yang menjadi kekuatan negara, sambil terus menyemai semangat hormat-menghormati, kerjasama dan keharmonian dalam komuniti kita.

Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kesejahteraan dan keberkatan kepada semua yang meraikannya.

🌾 Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan!
🌾 Gayu Guru Gerai Nyamai!

Ikhlas daripada seluruh warga kerja FTKM, UTeM

Selamat Hari Wesak Semoga semangat keharmonian, saling menghormati dan persefahaman terus menyatukan kita dalam kepelbag...
31/05/2026

Selamat Hari Wesak

Semoga semangat keharmonian, saling menghormati dan persefahaman terus menyatukan kita dalam kepelbagaian.

Ikhlas daripada seluruh warga kerja FTKM, UTeM

Salam Aidiladha 1447H | 10 Zulhijjah Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dala...
27/05/2026

Salam Aidiladha 1447H | 10 Zulhijjah

Aidiladha mengingatkan kita tentang nilai keikhlasan, pengorbanan dan ketaatan dalam setiap amanah yang dipikul. Semoga semangat pengorbanan terus menyuburkan budaya kerja yang cemerlang, memperkukuh kebersamaan serta menjadi inspirasi dalam membentuk masa depan yang lebih bermakna.

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H

Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja FTKM, UTeM

FTKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Penerbit UTeM dan barisan penulis buku "Lukisan Teknikal Menggunak...
26/05/2026

FTKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Penerbit UTeM dan barisan penulis buku "Lukisan Teknikal Menggunakan AutoCAD" atas kejayaan buku ini dipilih di bawah Program Pembekalan Bahan Bacaan Tambahan (BBT) untuk Pusat Sumber Sekolah (PSS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan jumlah 875 naskhah.

Tahniah kepada para penulis:
✍️ Dr. Shamsul Anuar Shamsudin
✍️ En. Wan Mohd Zailimi Wan Abdullah @ Zakaria
✍️ Ir. Dr. Abdul Rafeq Saleman
✍️ En. Mohd Nazim Abdul Rahman
✍️ Dr. Faiz Redza Ramli
✍️ Dr. Mohd Hanif Harun
✍️ Dr. Mohd Basri Ali

Kejayaan ini bukan sekadar pengiktirafan terhadap hasil penerbitan, malah membuktikan bahawa ilmu dan kepakaran yang dihasilkan di universiti mampu memberi impak yang lebih luas kepada masyarakat serta menyokong pembangunan pendidikan negara.

Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga FTKM untuk terus berkarya, memperkukuh budaya penerbitan, serta menyumbang kepada pembangunan modal insan melalui ilmu yang bermanfaat dan berkualiti.


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para penulis buku LUKISAN TEKNIKAL MENGGUNAKAN AUTOCAD atas kejayaan terpilih dalam Program Pembekalan Bahan Bacaan Tambahan (BBT) untuk Pusat Sumber Sekolah (PSS) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia melibatkan pembekalan sebanyak 875 naskhah.

Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna terhadap kualiti penerbitan ilmiah dan komitmen dalam memperkasa bahan bacaan pendidikan teknikal serta TVET di peringkat sekolah.

Semoga pencapaian ini terus menyemarakkan budaya ilmu dan memperluas keternampakan penerbitan akademik UTeM di persada pendidikan negara.

Setinggi tahniah kepada wakil wakil UTeM khasnya En. Hairul Nizam bin Daud dari FTKM di atas kejayaan pada Kejohanan MAK...
25/05/2026

Setinggi tahniah kepada wakil wakil UTeM khasnya En. Hairul Nizam bin Daud dari FTKM di atas kejayaan pada Kejohanan MAKSAK Games 2026.

Semoga terus cemerlang mengharumkan nama Universiti dan Fakulti dalam pertandingan seterusnya.

FTKM We Salute You 🫡

🏎 PROGRAM PERKONGSIAN ILMU FTKM UTeM KEPADA PASUKAN STEM RACING SMK DUMA, SMK TUN MUTAHIR DAN SBP JEMPOL 🏎Pada 25 Mei 20...
25/05/2026

🏎 PROGRAM PERKONGSIAN ILMU FTKM UTeM KEPADA PASUKAN STEM RACING SMK DUMA, SMK TUN MUTAHIR DAN SBP JEMPOL 🏎

Pada 25 Mei 2026, seramai 20 orang peserta termasuk pengiring dari SMK Dato Undang Musa Al-Haj (DUMA) N.Sembilan, SMK Tun Mutahir, Melaka dan Sekoleh Berasrama Penuh (SBP) Jempol, N.Sembilan telah menyertai lawatan dna program pekongsian ilmu ke FTKM UTeM.

Program di bawah kendalian dua pensyarah FTKM iaitu Ts. Mohamad Zakaria Mohd Nasir dan Ts. Mohd Hafizi Abd Rahman ini bertujuan untuk memberikan perkongsian maklumat khasnya dari aspek rekabentuk dan pembuatan jentera STEM racing (nama terdahulu F1 in School) kepada para peserta terlibat, khasnya dalam membantu mereka membuat persediaan bagi pertandingan STEM racing peringkat kebangsaan pada tahun ini. Hadir sama meraikan kehadiran kesemua peserta semasa program ini berlangsung ialah YBhg Dekan, Prof. Madya Dr. Nadlene binti Razali dan wakil wakil pengurusan tertinggi Fakulti.

Selain sesi perkongsian ilmu dan lawatan ke makmal makmal Fakulti,, program ini juga membantu mempromosikan UTeM dan FTKM khasnya kepada para pelajar dan guru yang terlibat serta mengeratkan lagi hubungan antara pihak Fakulti dan pihak sekolah.

Terima kasih kepada semua peserta hadir yang telah menjayakan program ini dan selamat maju jaya diucapkan dalam pertandingan STEM Racing yang bakal disertai 👍



Malaysia

WELCOMING REMARKS: NEW PG FTKM’S STUDENTSINTAKE SEMESTER 2 SESSION 2025/2026Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal...
25/05/2026

WELCOMING REMARKS: NEW PG FTKM’S STUDENTS
INTAKE SEMESTER 2 SESSION 2025/2026

Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Mekanikal (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan sesi Welcoming Remarks bagi pelajar pascasiswazah baharu ambilan Semester 2 Sesi 2025/2026 secara atas talian pada 20 Mei 2026 yang lalu.

Sesi ini telah disampaikan oleh Ketua Program Mod Penyelidikan, Dr. Hilmi bin Amiruddin, sebagai inisiatif untuk mengalu-alukan kehadiran pelajar baharu pascasiswazah mod penyelidikan FTKM. Selain itu, sesi ini turut menjadi platform perkongsian maklumat berkaitan pengurusan pengajian, penyelidikan, penerbitan akademik serta peluang pembangunan profesional sepanjang tempoh pengajian.

Pelaksanaan sesi secara atas talian turut memberi fleksibiliti kepada pelajar dari pelbagai lokasi untuk mengikuti sesi ini dengan lebih mudah dan berkesan.

Semoga sesi seperti ini dapat membantu pelajar pascasiswazah menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik di FTKM serta menjadi pemangkin kepada kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan akademik pada masa hadapan.


TAHNIAH DAN JEMPUTAN PENYERTAAN KE MCAS 2026Setinggi-tinggi Tahniah dizahirkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Afzanizam...
22/05/2026

TAHNIAH DAN JEMPUTAN PENYERTAAN KE MCAS 2026

Setinggi-tinggi Tahniah dizahirkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Afzanizam Bin Mohd Rosli, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah FTKM atas pelantikan sebagai Keynote Speaker di The 4th Makassar Conference of Applied Sciences (MCAS) 2026, anjuran Politeknik Negeri Ujung Pandang, Indonesia yang akan berlangsung pada 21 November 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran, kecemerlangan akademik dan sumbangan beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal, penyelidikan dan inovasi. Semoga pencapaian ini terus mengharumkan nama Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan FTKM di peringkat antarabangsa.

Seiring dengan penglibatan warga FTKM di MCAS 2026, staf akademik dan penyelidik UTeM adalah dijemput untuk mengambil peluang menghantar kertas penuh (full paper) dan menyertai MCAS 2026.

Persidangan ini menyediakan platform untuk:
- Membentangkan hasil penyelidikan di peringkat antarabangsa
- Memperluaskan jaringan kolaborasi akademik dan industri
- Berkongsi inovasi dan dapatan penyelidikan terkini
- Meningkatkan keterlihatan penyelidikan serta impak penerbitan

📌Maklumat lanjut dan penghantaran artikel:
https://mcas.poliupg.ac.id/2026/

Bersama kita manfaatkan peluang ini untuk mengetengahkan hasil penyelidikan dan mengharumkan nama FTKM serta UTeM di persidangan antarabangsa.


Setinggi-tinggi Tahniah dirakamkan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Bin Salim atas pelantikan sebagai Profesor P...
22/05/2026

Setinggi-tinggi Tahniah dirakamkan kepada Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azli Bin Salim atas pelantikan sebagai Profesor Pelawat di Faculty of Engineering, Mahasarakham University, Thailand bagi tempoh 1 Jun 2026 hingga 31 Mei 2027.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepakaran, komitmen serta sumbangan berterusan beliau dalam bidang akademik, penyelidikan dan jaringan kolaborasi antarabangsa.

Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan strategik antara institusi, memperluaskan impak penyelidikan serta membuka lebih banyak peluang kerjasama di peringkat global.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

TAHNIAH DAN JEMPUTAN PENYERTAAN KE ISAIME 2026Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Afzaniza...
20/05/2026

TAHNIAH DAN JEMPUTAN PENYERTAAN KE ISAIME 2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Afzanizam Mohd Rosli (Timbalan Dekan Penyelidikan & Pengajian Siswazah) atas pelantikan beliau sebagai Keynote Speaker bagi The 7th International Symposium on Advances and Innovation in Mechanical Engineering (ISAIME 2026) yang akan berlangsung di Universitas Riau, Indonesia pada 15 Oktober 2026.

Pelantikan ini merupakan satu pengiktirafan antarabangsa terhadap kepakaran, sumbangan akademik serta kecemerlangan beliau dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan penyelidikan berimpak tinggi.

Dalam masa yang sama, warga akademik, penyelidik dan pelajar pascasiswazah UTeM khususnya FTKM turut dijemput untuk menghantar artikel dan menyertai persidangan antarabangsa ini.

Antara bidang yang diketengahkan termasuk:
- Sustainable Manufacturing Systems
- Automation, Mechatronics and Robotics
- Renewable Energy
- Energy Policy, Planning and Management
- Refrigeration, Energy Conservation and Environment
- Manufacturing System and Process
- Design and System Engineering

Persidangan ini turut menawarkan peluang penerbitan dalam prosiding dan jurnal berindeks Scopus oleh IOP Publishing.

📅 Tarikh akhir penghantaran kertas penuh: 1 Ogos 2026

Bersama-sama kita memperluaskan jaringan kolaborasi antarabangsa melalui penyertaan ke persidangan ini.

Universiti Teknikal Malaysia Melaka - UTeM

Address

Faculty Of Mechanical Technology And Engineering (FTKM), Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Hang Tuah Jaya

76100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062704341

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faculty of Mechanical Engineering UTeM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your university to be the top-listed University?

Share